Sportalk.com/Twitter/Esme Johari Wahab


BIARPUN London dan Kenya dipisahkan dengan jarak 6,840 kilometer namun nama Mesut Ozil tetap ‘melekat’ di hati kanak-kanak di benua Afrika.

Gambar Lawrence yang dilihat Ozil ketika berjalan di laluan Nairobi. FOTO TWITTER
Gambar Lawrence yang dilihat Ozil ketika berjalan di laluan Nairobi. FOTO TWITTER

Bahkan, tidak susah memahaminya kerana pemain itu pula dengan rendah hati mengirimkan jersi dan but bolasepak ditandatanganinya kepada peminat cilik terbabit.

Ozil mengambil inisiatif itu selepas melihat Lawrence memakai jersi “Ozil 10” tulisan tangan ketika berjalan di bandar Nairobi.

Tweet itu berbunyi: “Saya ternampak kanak-kanak terbabit berjalan di laluan Nairobi bandar tanpa rumput yang sebenar buat lembu.

“Dia memberitahu dia sangat meminati saya @MesutOzil1088 (Anda dapat lihat pada bajunya). Mungkin satu hari Ozil akan ternampak dan saya boleh mendapat jersi sebenar Arsenal.”

Perancang Jerman itu kemudian tanpa berlengah memenuhi permintaannya dengan mengirimkan dua jersi rasmi Arsenal dengan nama serta angka ‘Ozil 10’ di belakang.

Malah, bintang Arsenal itu turut menghadiahkan but bolasepak baru serta kap Ozil untuk Lawrence dan adiknya.

Ozil berkata: “Gambar seorang kanak-kanak Kenya dengan jersi buatan sendiri di Twitter benar-benar menyentuh hati saya.

“Dan lihat Lawrence sekarang, terasa dihargai apabila dapat melihat Lawrence dan adiknya ceria gembira.”

Lawrence berkata:”Terima kasih Ozil dengan baju diberikan untuk saya dan adik saya. Saya ucap selamat berjaya kepada pasukan Arsenal agar dapat memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL)”.

Ozil berada dalam kesebelasan utama Arsenal pada tiga daripada empat perlawanan terakhir di bawah kendalian Unai Emery.

Dia diarahkan oleh Unai supaya lebih konsisten untuk mendapatkan tempat dalam skuad utama Arsenal.

Bos Gunners itu berharap Ozil berada dalam prestasi terbaik ketika cuba bangkit daripada kekalahan 3-1 pada saingan 16 terakhir Liga Europa bertemu Rennes, awal pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2019 @ 1:49 PM
Ozil mengirimkan jersi Arsenal dan but kepada Lawrence dan adiknya di Kenya. FOTO AFP/Twitter
Ozil mengirimkan jersi Arsenal dan but kepada Lawrence dan adiknya di Kenya. FOTO AFP/Twitter