AKSI Mane  menjaringkan gol ketiga Bayern di Allianz Arena. - FOTO Reuters
AKSI Mane menjaringkan gol ketiga Bayern di Allianz Arena. - FOTO Reuters
Reuters

DUA jaringan Sadio Mane memastikan kemaraan Liverpool ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Bayern Munich 3-1 di Allianz Arena, awal pagi tadi.

Selepas aksi pertama peringkat 16 terakhir di Anfield berakhir tanpa jaringan, juara Eropah lima kali Liverpool tampil berbeza dengan persembahan lebih cemerlang di Munich.

Mane membuka tirai jaringan menerusi rembatan pada minit ke-26 selepas bijak memperdayakan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer yang melakukan penampilan ke-100 aksi Liga Juara-Juara.

Bayern menyamakan kedudukan 13 minit kemudian apabila pertahanan Liverpool, Joel Matip tertampan bola ke gawang sendiri selepas cuba menahan bola rembatan pemain sayap tuan rumah, Serge Gnabry.

Pertahanan tengah Virgil van Dijk yang tidak dapat beraksi pada perlawanan pertama di Anfield bulan lalu melenyapkan harapan Bayern dengan menanduk masuk pada minit ke-69 sebelum Mane sekali menjaringkan gol kedua juga melalui tandukan pada minit ke-84.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2019 @ 6:46 AM