RASHFORD boleh beraksi esok. - FOTO Agensi
RASHFORD boleh beraksi esok. - FOTO Agensi
Reuters

PENYERANG Manchester United, Marcus Rashford dijangka boleh bermain menentang Southampton dalam aksi Liga Perdana esok tetapi rakan sepasukan Anthony Martial masih belum pulih daripada kecederaan pangkal paha, menurut pengurus, Ole Gunnar Solskjaer hari ini.

Rashford mengalami kecederaan ketika seri 0-0 dengan Liverpool Ahad lalu tetapi terpaksa beraksi 90 minit selepas United menggunakan semua tiga pemain gantian.

Pemain berusia 21 tahun itu menjaringkan sembilan gol musim ini. Dia tidak menyertai kesebelasan utama ketika menewaskan Crystal Palace 3-1, semalam tetapi masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua.

"Dia (Rashford) masih terasa sakit sedikit tetapi dia sudah bersedia, jadi dia akan membarisi kesebelasan utama,” kata Solskjaer kepada wartawan.

Martial pula tidak dapat beraksi sejak mengalami kecederaan ketika tewas kepada Paris St Germain dalam aksi Liga Juara-Juara dua minggu lalu.

"Kami enggan menanggung risiko. Mungkin beberapa hari lagi dia benar-benar bersedia,” kata Solskjaer.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2019 @ 10:31 PM