Solskjaer (kiri) kata Martial boleh jaringkan 20 gol semusim. FOTO EPA/AFP
Solskjaer (kiri) kata Martial boleh jaringkan 20 gol semusim. FOTO EPA/AFP
BBC

PENGURUS sementara Manchester United Ole Gunnar Solskjaer mengatakan Anthony Martial mampu menjaringkan gol 20 kali semusim tetapi dengan cara ‘selekeh’.

Martial, 23, yang mengikat kontrak baru sehingga 2024, kelmarin biarpun ejennya mendakwa penyerang Perancis itu mahu meninggalkan Old Trafford.

Rekod jaringan terbaik Martial setakat ini adalah 17 gol pada musim 2015-16 ketika beraksi pada musim pertama bersama United.

"Apabila dia mendapat peluang, dia penyudah yang cemerlang, jadi dia memerlukan lebih banyak peluang," kata Solskjaer.

Martial sudah menjaringkan lapan gol dalam Liga Perdana musim ini.

"Dia mampu mencapai 20 gol," kata bekas penyerang United itu.

"Anda perlu membaca dan menghidu mana-mana sekiranya terdapat peluang. Mungkin gol selekeh adakalanya. Kami mempunyai pemain sepertinya dan Marcus Rashford tetapi mereka menjaringkan gol bertaraf dunia”.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Februari 2019 @ 7:11 PM