Penyerang Manchester United, Anthony Martial meraikan jaringannya pada aksi Liga Perdana.
Penyerang Manchester United, Anthony Martial meraikan jaringannya pada aksi Liga Perdana.
Agensi

London: Manchester United mencapai persetujuan yang menyaksikan Anthony Martial menyertai Sevilla sebagai pemain pinjaman bagi baki musim ini.

Tiada pilihan untuk pembelian dan tiada yuran pinjaman didedahkan tetapi kelab Sepanyol itu akan membayar gaji penyerang itu.

Martial, 26, yang juga penyerang Perancis menjadi sasaran kelab Sepanyol sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan dia sanggup memotong gaji bagi membolehkan perjanjian dapat dilakukan.

Martial yang menyertai United dari Monaco memberitahu Ralf Rangnick dia mahu merasai pengalaman baharu.

Martial melakukan 11 penampilan bersama United musim ini, menjaringkan satu gol ketika menentang Everton pada 2 Oktober lalu.

Sevilla pencabar kejuaraan LaLiga dan ketika ini berada di tangga kedua carta liga, empat mata di belakang pendahulu, Real Madrid dengan berbaki 16 perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 January 2022 @ 9:45 PM