MOMOTA (kanan) bersalaman dengan Chong Wei. FOTO/AGENSI
MOMOTA (kanan) bersalaman dengan Chong Wei. FOTO/AGENSI
AFP

HONG KONG: Pemain nombor satu dunia, Kento Momota berharap dia akan berpeluang untuk sekali lagi berdepan ‘hero sejati’ badminton, Lee Chong Wei, selepas pemain itu mengumumkan rancangan untuk kembali beraksi.

Chong Wei mengesahkan dia akan kembali bertarung di gelanggang selepas kembali pulih daripada rawatan kanser hidung.

Momota, yang menang dua kali dan tewas dua kali berdepan jaguh dari Malaysia itu dengan kali terakhir mereka bertarung pada Terbuka Indonesia - sebelum Chong Wei, 36, melakukan ujian pemeriksaan kesihatan.

Kini, Memota - pemain utama dari Jepun mengidam satu lagi pertembungan berdepan Chong Wei.

“Saya masih lagi meminatinya dan dia adalah hero yang hebat,” katanya kepada media selepas aksi pusingan kedua, Terbuka Hong Kong.

“Saya memang mahu bertarung dengannya di gelanggang. Jadi, saya harap dua akan kembali secepat mungkin,”

Minggu lalu, Chong Wei mengesahkan dia akan kembali menjalani latihan pada hujung tahun ini selepas menjalani rawatan kanser hidung.

Chong Wei juga mengesahkan, setakat ini belum ada sebarang perancangan untuk bersara dengan sasaran memburu pingat emas dalam penampilan kelima di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Momota berkata, dia mahu menjadi seperti Chong Wei dan Lin Dan - dua ‘super stars’ yang menguasai badminton dunia selama berdekad.

Dia menundukkan Lin Dan dalam aksi pusingan pertama di Hong Kong Coliseum, untuk layak ke pusingan kedua berdepan rakan senegara, Kanta Tsuneyama dalam pertembungan yang disifatkan sebagai pertarungan mental.

“Saya terlalu penat, dan tidak boleh bergerak pantas. Ia memang benar-benar perlawanan yang sukar,” kata Momata selepas menang 17-21, 21-17, 21-16, sebentar tadi.

Momata akan berdepan juara Sukan Asia, Jonatan Christie, yang mengenepikan cabaran rakan senegara dari Indonesia, Anthony Ginting 21-15, 25-23.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 November 2018 @ 12:01 AM