PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal. FOTO/Mohd Khairul Helmy Mohd Din
PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal. FOTO/Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Jugjet Singh


KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai dua misi apabila turun beraksi pada Piala Dunia di Bhubaneswar, India dari 28 November hingga 16 Disember depan.

Misi pertama untuk melangkah ke pusingan kalah mati dan yang kedua sebagai persiapan menghadapi kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata: “Seperti yang dikatakan oleh jurulatih (Roelant Oltmans), kami berada dalam kumpulan sukar di Piala Dunia dan kami perlu sekurang-kurangnya menewaskan salah satu pasukan untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

“Kejayaan melangkah ke pusingan seterusnya akan membolehkan kami memperbaiki ranking serta memudahkan untuk layak ke Sukan Olimpik.”

Malaysia berada dalam Kumpulan D bersama tiga bekas juara dunia, Belanda, Jerman dan Pakistan.

Oltmans berharap skuad negara dapat menewaskan Pakistan serta memberikan saingan sengit kepada Belanda dan Jerman.

“Kami akan menganjurkan kempen kelayakan Olimpik pada April depan yang mana kedudukan ranking amat penting.

“Sebab itu saya lihat Piala Dunia peluang terbaik bukan saja untuk bertemu pasukan terhebat dunia, tapi kembali ke Malaysia dengan lebih mantap untuk menghadapi kempen kelayakan Olimpik,” kata Subahan.

Oltmans menjangkakan lawan pertama Malaysia iaitu Belanda dijangka beraksi untuk perebutan pingat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 November 2018 @ 8:27 PM