ANDREAZZOLI gagal pacu kejayaan Empoli. FOTO/AGENSI
ANDREAZZOLI gagal pacu kejayaan Empoli. FOTO/AGENSI
Reuters

MILAN: Kelab Serie A, Empoli memecat jurulatih, Aurelio Andreazzoli ketika dia meraikan ulang tahun kelahiran ke-65 selepas pasukan itu terus mencatat keputusan buruk dalam saingan musim ini.

Keputusan itu dibuat biarpun Andreazzoli menjadi watak penting yang membawa pasukan itu kembali ke saingan liga utama selepas menjuarai Serie B dengan kelebihan 13 mata, musim lalu.

"Kepada Andreazzoli, watak utama dalam perjalanan indah musim lalu yang membolehkan kami kembali ke peringkat utama liga, kami mengucapkan terima kasih di atas segala usahanya," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Andreazzoli membimbing pasukan itu sejak Disember 2017.

Empoli ketika ini berada dalam zon penyingkiran, ketiga dari bawah dengan hanya mengumpul enam mata daripada 11 perlawanan.

Mereka menjadi kelab Serie A ketiga yang membuat keputusan memecat jurulatih musim ini selepas Chievo dan Genoa.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 November 2018 @ 9:22 AM