PEMAIN perseorangan Malaysia, Liew Daren tewas pada pusingan pertama 19-21, 17-21 kepada Rajiv Ouseph dari England. FOTO Eizairi Shamsudin
PEMAIN perseorangan Malaysia, Liew Daren tewas pada pusingan pertama 19-21, 17-21 kepada Rajiv Ouseph dari England. FOTO Eizairi Shamsudin
Fabian Peter


KUALA LUMPUR: Selepas persembahan hebat pada separuh akhir Kejohanan Dunia Ogos lalu, pemain profesional negara Liew Daren tampak sudah hilang sentuhan.

Juara Terbuka Perancis 2012 itu tewas pada pusingan pertama di Paris hari ini apabila tumbang 19-21, 17-21 kepada juara Eropah 2017, Rajiv Ouseph dari England.

Kekalahan itu adalah yang ketiga berturut-turut dialami Daren pada pusingan pertama, sejak mara ke pusingan kedua Terbuka Korea bulan lalu.

Lebih menyedihkan, kemenangan itu adalah yang pertama buat Ouseph dalam empat pertemuan dengan Daren.

Pemain berusia 31 tahun itu yang kini mewakili AirAsia, akan bersaing pada Terbuka Macau selepas ini. Dia akan menentang bekas juara Eropah, Jan O Jorgensen dari Denmark pada pusingan pertama.

Di Paris, semua pemain Malaysia termasuk beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan beregu wanita Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean akan beraksi pada pusingan pertama lewat malam ini.

Beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Goh Soon Huat-Shevon Lai akan bermain pada pusingan pertama esok.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Oktober 2018 @ 10:36 PM