Czech Republic's Petra Kvitova reacts after winning her women's second round singles tennis match against Denmark's Caroline Wozniacki at the Olympic Tennis Centre of the Rio 2016 Olympic Games in Rio de Janeiro on August 8, 2016. / AFP / Martin BERNETTI
Czech Republic's Petra Kvitova reacts after winning her women's second round singles tennis match against Denmark's Caroline Wozniacki at the Olympic Tennis Centre of the Rio 2016 Olympic Games in Rio de Janeiro on August 8, 2016. / AFP / Martin BERNETTI
Reuters

LONDON: Juara bertahan, Caroline Wozniacki dan bekas juara Petra Kvitova masing-masing menempah tiket ke kejohanan penghujung musim di Singapura, Pusingan Akhir WTA.

Persatuan Tenis Wanita (WTA) dalam satu kenyataan hari ini menyatakan dua pemain itu akan menyertai pemain nombor satu dunia, Simona Halep, Angelique Kerber dan Naomi Osaka yang sudah melayakkan diri pada kejohanan dari 21 hingga 28 Oktober ini di Singapore Sports Hub.

“Memenangi Pusingan Akhir WTA tahun lalu pencapaian terbesar saya dan membantu meningkatkan keyakinan bagi musim ini,” kata Wozniacki yang memenangi Terbuka Australia, Januari lalu.

“Saya tidak sabar kembali ke Singapura untuk mencuba mempertahankan gelaran saya,” kata pemain Denmark berusia 28 tahun itu.

Wozniacki memperoleh tiket penyertaan selepas menang 7-5, 6-4 ke atas pemain Estonia, Anett Kontaveit pada kejohanan Terbuka China di Beijing, hari ini.

Kvitova dari Republik Czech, yang memenangi gelaran Pusingan Akhir WTA pada 2011, melayakkan diri buat kali pertama sejak mengalami kecederaan tangan kirinya yang turut mengancam kariernya selepas terpaksa berehat selama enam bulan pada 2016.

Kvitova yang menjulang trofi Wimbledon pada 2011 dan 2014, terpaksa menjalani pembedahan ketika cuba mempertahankan dirinya daripada pisau yang digunakan penceroboh yang memecah masuk kediamannya.

“Ia kali pertama saya kembali ke sana (Pusingan Akhir WTA) sejak saya melakukan kemunculan semula. Jadi ia amat bermakna buat saya dan sering menjadi salah satu matlamat saya musim ini,” kata Kvitova yang memenangi lima gelaran musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Oktober 2018 @ 10:44 PM