PETRA KVITOVA
PETRA KVITOVA
AFP

MELBOURNE: Pemain pilihan kelapan dari Republik Czech, Petra Kvitova melangkah ke pusingan akhir Terbuka Australia buat julung kali apabila menyekat pemain Amerika Syarikat, Danielle Collins dalam saingan sengit di Melbourne Park.

Juara Wimbledon dua kali, Kvitova mencatat kemenangan 7-6 (7/2), 6-0 bagi menentang rakan senegara dari Czech, Karolina Pliskova yang berada di ranking ketujuh atau pemain pilihan keempat dari Jepun, Naomi Osaka.

Collins kelihatan mampu memberi tentangan kepada Kvitova sehinggalah permainan terganggu pada set pertama ketika bumbung Arena Rod Laver ditutup apabila suhu mencecah 36 darjah Celsius.

Kvitova berkata beliau masih bergelut mendapatkan prestasi terbaik sehinggalah ke saat ini.

“Saya gembira apabila (prestasi) tiba pada tie-break dan juga set kedua,” katanya.

“Saya rasa saya lebih gembira berbanding penonton apabila bumbung ditutup, saya suka bermain di tempat tertutup dan saya rasa sedikit sebanyak ia membantu.

Collins yang mempunyai impian untuk berada di kelompok empat terbaik pada penampilan sulungnya di Australia, sebelum dikecewakan dengan Kvitova yang menang tie-break pada set pertama dan permainannya semakin merosot pada set kedua.

Melangkah ke final adalah kemuncak bagi Kvitova yang menggelarnya ‘karier kedua’ selepas dia kembali pulih daripada insiden serangan menakutkan di kediamannya di Republik Czech pada akhir 2016.  

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 January 2019 @ 3:21 PM