NAOMI kumpul mata cekup untuk beraksi di WTA Final di Singapura. FOTO/AFP
NAOMI kumpul mata cekup untuk beraksi di WTA Final di Singapura. FOTO/AFP
AFP

SINGAPURA: Juara tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), Naomi Osaka muncul pemain ketiga meraih tiket ke kejohanan hujung musim, WTA Final di Singapura selepas mengumpul mata yang cukup untuk beraksi di kejohanan elit yang menampilkan lapan pemain itu.

Osaka, 20, mengejutkan Serena Williams dalam kemenangan mudah di AS selepas muncul pemain Jepun pertama layak ke Grand Slam di New York bulan lalu.

Selepas mencipta kejayaan dalam aksi pembukaan di Terbuka China di Beijing semalam, Osaka menyertai pemain nombor satu dunia dari Romania, Simona Halep dan juara Wimbledon dari Jerman, Angelique Kerber menyertai WTA Final.

“Melayakkan diri ke WTA Final adalah satu pencapaian terbesar,” kata Osaka, yang menewaskan pemain Perancis, Caroline Garcia pada kejohanan remaja di Singapura tiga tahun lalu, dan akan kembali ke sana buat kali pertama sebagai senior.

“Memenangi Jemputan Rising Stars WTA pada 2015 membantu membina keyakinan saya untuk bermain di pentas besar, jadi saya teruja dapat kembali ke Singapura dan bersaing dengan pemain terkemuka musim ini.”

Pemain Czech, Petra Kvitova dan juara Terbuka Australia, Caroline Wozniacki dari Denmark yang memenangi WTA Final tahun lalu juga dijangka layak ke Singapura, tetapi baki tiga slot masih menjadi perebutan empat penjuru.

Pemain AS, Sloane Stephens; pemain Ukraine, Elina Svitolina; pemain Czech, Karolina Pliskova dan Kiki Bertens dari Belanda akan bertarung mendapatkan tempat ke kejohanan yang akan berlangsung 21-28 Oktober ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Oktober 2018 @ 1:56 PM