epa07040444 Karolina Pliskova of the Czech Republic in action against Naomi Osaka of Japan during their singles final match of the Pan Pacific Open women's tennis tournament in Tachikawa, Japan, 23 September 2018.  EPA/KIYOSHI OTA
epa07040444 Karolina Pliskova of the Czech Republic in action against Naomi Osaka of Japan during their singles final match of the Pan Pacific Open women's tennis tournament in Tachikawa, Japan, 23 September 2018. EPA/KIYOSHI OTA
AFP

TOKYO: Bekas pemain nombor satu dunia, Karolina Pliskova mengejutkan sensasi tenis Jepun, Naomi Osaka dalam aksi straight set untuk menjulang gelaran Terbuka Pan Pacific, sebentar tadi.

Pliskova yang diletakkan pilihan keempat kejohanan hanya memerlukan 63 minit sebelum melakar kemenangan 6-4, 6-4 ke atas Osaka yang masih segar dengan kemenangan di Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Kekalahan turut merosakkan deretan 10 kemenangan berturut-turut yang diraih Osaka sebelum ini.

“Saya gembira ia tidak berlarutan kepada tiga set,” kata Pliskova mengulas kemenangan ke-11 dalam Jelajah WTA.

“Servis adalah senjata terbesar saya dan ia adalah kunci kepada kemenangan hari ini. Naomi mungkin sedikit letih, kamu juga dapat melihatnya.

“Tetapi masa depannya adalah cerah dan tahniah kepadanya atas beberapa minggu yang hebat diperolehnya sebelum ini,” kata pemain Republik Czech itu berusia 26 tahun itu.

Kedua-dua pemain memiliki rekod seimbang dalam dua pertemuan sebelum ini, tetapi Osaka diletakkan sebagai pilihan susulan kejayaan mengagumkan di New York.

Di awal permainan, Osaka, 20, yang diletakkan pilihan ketiga menunjukkan mengapa dia menjuarai Terbuka AS, tetapi Pliskova berjaya mengubah situasi ketika pemain tuan rumah itu mula dihimpit tekanan.

Malah, Osaka pada satu ketika memanggil jurulatihnya, Sascha Bajin dan merungut: “Saya rasa begitu tertekan!”

Bagi Pliskova, ia adalah kemenangan pertamanya sejak muncul juara di Stuttgart pada April lalu dan pertama sejak berkahwin dengan teman lelakinya, Michal Hrdlicka pada musim panas lalu.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 September 2018 @ 2:58 PM