KAROLINA pada saingan Terbuka Australia, Januari lalu. FOTO AFP
KAROLINA pada saingan Terbuka Australia, Januari lalu. FOTO AFP
AFP

Prague: Pemain tenis nombor enam dunia, Karolina Pliskova berkata dia melantik Sascha Bajin sebagai jurulatih baharunya untuk musim 2021.

Pliskova memuatnaik gambar di Facebook dan Twitter bersama Bajin dan jurulatih kecergasan, Azuz Simchich dengan keterangan gambar 'Pasukan Pliskova 2021'.

Bajin yang berusia 36 tahun dari Jerman, membantu Naomi Osaka melakar kemenangan Grand Slam berturut-turut di Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2018 dan Terbuka Australia 2019.

Jurulatih terbaik WTA 2018 itu juga pernah bekerjasama dengan Serena Williams, Kristina Mladenovic dan Dayana Yastremska.

Pliskova, finalis Terbuka AS 2016 dan bekas pemain nombor satu dunia, awal bulan ini mengumumkan sudah tidak menggunakan khidmat jurulatih Dani Valverdu yang melatihnya sepanjang musim 2020.

Sensasi Republik Czech berusia 28 tahun itu memenangi kejohanan pertama tahun ini di Brisbane dan melangkah ke pentas final di Rome, September lalu.

Bagaimanapun dia gagal melangkah ke kelompok 32 terakhir pada tiga saingan Grand Slam musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2020 @ 10:19 AM