DE Bruyne (kanan) cedera pangkal paha minggu lalu. — FOTO Agensi
DE Bruyne (kanan) cedera pangkal paha minggu lalu. — FOTO Agensi
Reuters

KEVIN De Bruyne akan terlepas aksi Belgium pada kelayakan Euro 2020 namun Eden Hazard kembali ketika mereka berusaha mengekalkan rekod 100 peratus dalam Kumpulan I sekali gus memastikan tempat ke pusingan akhir.

Pemain tengah De Bruyne diketepikan daripada skuad 28 pemain dinamakan jurulatih Roberto Martinez semalam kerana kecederaan pangkal paha ketika bermain buat Manchester City di Everton hujung minggu lalu.

Namun kapten Hazard, yang terlepas aksi kelayakan menentang San Marino dan Scotland bulan lalu, kembali di samping adiknya Thorgan, Axel Witsel dan Timothy Castagne bagi perlawanan di laman sendiri menentang San Marino pada 10 Oktober dan Kazakhstan tiga hari kemudian.

Hazard dan penjaga gol Thibaut Courtois gagal bertindak cemerlang bersama Real Madrid akhir-akhir ini namun ia tidak membimbangkan, menurut Martinez pada sidang akhbar di Antwerp.

HAZARD (kanan) belum mendapat rentak di Real. — FOTO Agensi
HAZARD (kanan) belum mendapat rentak di Real. — FOTO Agensi

“Apabila anda bermain dengan kelab terbaik di dunia, ada masanya agak sukar. Sudah tentu Thibaut dan Eden boleh mengatasinya, mereka bersedia berdepan cabaran. Rehat tugasan antarabangsa boleh menjadi positif buat mereka dan kemudian kembali ke kelab lebih segar serta bertenaga,” katanya.

Buat kali pertama dalam tempoh lima tahun Maxime Lestienne yang belum pernah beraksi dengan Red Devils dipanggil semula selepas menjaringkan lima gol dalam lapan aksi bersama Standard Liege dalam liga Belgium.

Belgium, yang menang semua enam perlawanan peringkat kumpulan, akan layak jika mereka menundukkan pasukan tangga tercorot San Marino.

LESTIENNE (tengah) beraksi menentang Arsenal pada Liga Europa, awal pagi semalam. — FOTO EPA
LESTIENNE (tengah) beraksi menentang Arsenal pada Liga Europa, awal pagi semalam. — FOTO EPA

SKUAD BELGIUM

Penjaga gol: Thibaut Courtois (Real Madrid), Simon Mignolet (Club Bruges), Matz Sels (Racing Strasbourg), Hendrik Van Crombrugge (Anderlecht)

Pertahanan: Toby Alderweireld (Tottenham Hotspur), Dedryck Boyata (Hertha Berlin), Timothy Castagne (Atalanta), Leander Dendoncker (Wolverhampton Wanderers), Brandon Mechele (Club Bruges), Thomas Vermaelen (Vissel Kobe), Jan Vertonghen (Tottenham Hotspur), Thomas Meunier (Paris St Germain)

Tengah: Yannick Carrasco (Dalian Yifang), Nacer Chadli (Anderlecht), Dennis Praet (Leicester City), Maxime Lestienne (Standard Liege), Youri Tielemans (Leicester City), Hans Vanaken (Club Bruges), Yari Verschaeren (Anderlecht), Axel Witsel (Borussia Dortmund)

Serangan: Michy Batshuayi (Chelsea), Christian Benteke (Crystal Palace), Eden Hazard (Real Madrid), Thorgan Hazard (Borussia Dortmund), Adnan Januzaj (Real Sociedad), Romelu Lukaku (Inter Milan), Dries Mertens (Napoli), Divock Origi (Liverpool).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Oktober 2019 @ 10:35 AM