JOKANOVIC harap penyokong Fulham sabar kebangkitan pasukan. FOTO/FULHAM
JOKANOVIC harap penyokong Fulham sabar kebangkitan pasukan. FOTO/FULHAM
Agensi  

FULHAM: Bos Fulham, Slavisa Jokanovic mengakui pasukannya memerlukan masa untuk bersaing dalam Liga Perdana Inggeris tetapi tetap bersedia menghadapi segala cabaran.

Skuad Cottagers, dinaikkan ke Liga Perdana dari Liga Kejuaraan selepas memenangi aksi playoff, namun tewas 0-2 kepada Crystal Palace dalam aksi pembukaan hujung minggu lalu.

Jokanovic akan mengemudi skuadnya dalam kunjungan ke Wembley bagi aksi liga berdepan Tottenham, malam esok.

“Kami mempunyai ramai pemain baharu dan ia memerlukan masa. Kami bekerja keras minggu ini dalam usaha membentuk semangat untuk bermain bola sepak,” katanya pada sidang media yang disiarkan Twitter rasmi kelab.

“Satu perkara menakjubkan dan cabaran yang hebat berada di depan kami. Jadi kami perlu lakukan yang terbaik untuk mendapatkan mata.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Ogos 2018 @ 11:35 AM