PEMAIN Manchester City, Kyle Walker. FOTO Reuters
PEMAIN Manchester City, Kyle Walker. FOTO Reuters
Reuters

PERTAHANAN Manchester City, Kyle Walker menegaskan, dia memang ‘bodoh’ jika tidak memendekkan cuti rehat selepas Piala Dunia untuk segera kembali menyertai kem latihan pramusim kelab.

Walker dan rakan sepasukan, John Stones adalah sebahagian daripada anggota skuad England yang menamatkan saingan di tempat keempat Piala Dunia dan kembali menyertai latihan penuh minggu lalu.

Kedua-dua pemain ini, beraksi ketika City menumbangkan Chelsea 2-0 pada perlawanan Perisai Komuniti, Sabtu lalu.

“Bagi saya, memang bodoh jika saya tidak mahu kembali dan tidak mahu menjadi sebahagian daripada dunia ini,” kata Walker.

“Menjelang Krismas, saya mungkin akan perkatakan perkara sama, kerana saya sudah berpengalaman menempuhnya, tetapi ia hanya bola sepak.

“Saya memang ada pilihan, jurulatih membenarkan saya kembali pada 6 Ogos, atau segera kembali dan beraksi,” tambah Walker.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Ogos 2018 @ 11:53 AM