PEMAIN badminton negara, Sonia Cheah terkandas di suku akhir. FOTO Amran Hamid
PEMAIN badminton negara, Sonia Cheah terkandas di suku akhir. FOTO Amran Hamid
BERNAMA

BANGKOK: Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2018 berakhir selepas pemain perseorangan wanita, Sonia Cheah dan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di suku akhir, malam tadi.

Aksi di Stadium Nimibutr di sini menyaksikan Chia-Wooi Yik gagal meneruskan kemaraan apabila tunduk 14-21, 12-21 kepada pasangan tuan rumah, Bodin Issara dan Maneepong Jongjit dalam pertarungan selama 38 minit.

Terdahulu, harapan Cheah yang juga pemain nombor satu negara, untuk melakarkan kejutan tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain India, Pusarla V. Sindhu, yang juga pilihan kedua kejohanan, 17-21, 13-21 dalam saingan selama 36 minit.

Sementara itu, pemain wanita nombor dua dunia, Akane Yamaguchi dari Jepun, gagal melepasi peringkat suku akhir apabila dikejutkan oleh pemain nombor 12 dunia, Zhang Beiwen dari Syarikat Amerika, 21-14, 19-21, 19-21 dalam pertarungan selama 50 minit.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai AS350,000 (RM1.4 juta).

INFO:
JADUAL SEPARUH AKHIR

- PERSEORANGAN LELAKI:

Suppanyu Avihingsanon (THA) mln Tommy Sugiarto (INA)

Kanta Tsuneyama (JPN) mln Sony Dwi Kuncoro (INA)

- PERSEORANGAN WANITA:

[7] Zhang Beiwen (USA) mln [4] Nozomi Okuhara (JPN)

Gregoria Mariska Tunjung (INA) mln [2] Pusarla V. Sindhu (IND)

- BEREGU LELAKI:

Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe (JPN) mln Bodin Issara-Maneenpong Jongjit (THA)

[1] Takeshi Kamura-Keigo Sonoda (JPN) mln [3] Takuto Inque-Yuki Kaneko (JPN)

- BEREGU WANITA:

[5] Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai (THA) mln [3] Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi (JPN)

[4] Greysia Poli-Apriyani Rahayu (INA) mln [2] Shiho Tanaka-Koharu Yonemoto (JPN)

- BEREGU CAMPURAN:

[8] Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja (INA) mln Lu Kai-Chen Lu (CHN)

[1] Chris Adcock-Gabrielle Adcock (ENG) mln [3] Wang Chi-Lin-Lee Chia hsin (TPE).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Julai 2018 @ 3:31 AM