SIMONA ketika membalas pukulan daripada Zheng. FOTO/AFP
SIMONA ketika membalas pukulan daripada Zheng. FOTO/AFP
Reuters

LONDON: Pemain nombor satu dunia dan pilihan utama, Simona Halep memenangi 10 permainan berturut-turut selepas ketinggalan 3-5 di set pertama untuk menumpaskan Zheng Saisai dari China 7-5, 6-0.

Menanti pemain dari Romania itu adalah Hsieh Su Wei dari Taiwan selepas ini namun naib juara Terbuka Australia dan juara Terbuka Perancis tahun ini dilihat berjaya mempertingkatkan prestasinya bagi memperbaiki prestasi 2014 di All England Club apabila dia hanya mara setakat separuh akhir.

Sementara itu, bekas pemain nombor satu dunia, Angelique Kerber berkata, dia bersedia untuk berdepan Naomi Osaka buat pertama kali di gelanggang rumput di pusingan ketiga Wimbledon.

Kerber memegang rekod 2-1 menentang pemain Jepun itu, dengan ketiga-tiga pertemuan berlangsung di permukaan keras dan kali pertama tunduk kepada Naomi adalah di Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu. 

"Saya sebenarnya tidak sabar untuk menentangnya di permukaan rumput. Saya sedar perlu memberikan permainan terbaik berbanding dua aksi sebelum ini," kata pilihan ke-11 itu yang mengalahkan Claire Liu dari Amerika Syarikat 3-6, 6-2, 6-4.

Katanya, ketika menentang Naomi perlawanan akan berlangsung dengan begitu sengit dan dia perlu memberikan aksi yang lebih angresif.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Julai 2018 @ 3:33 AM