SEMANGAT tetap diberikan penyokong Tunisia walaupun pasukan itu tewas kepada England awal pagi tadi dengan keputusan 2-1. Foto EPA-EFE/STR
SEMANGAT tetap diberikan penyokong Tunisia walaupun pasukan itu tewas kepada England awal pagi tadi dengan keputusan 2-1. Foto EPA-EFE/STR
AFP

PENGENDALI Tunisia, Nabil Maaloul yang menyaksikan anak buahnya hampir mengikat England pada perlawanan pembukaan Kumpulan G awal pagi tadi, akur dengan dua gol jaringan Harry Kane yang dianggap memenangi perlawanan itu untuk England.

"Kane yang memenangi perlawan ini untuk England,” kata Maaloul yang kehilangan penjaga gol utama akibat kecederaan pada minit ke-13.

"Dia seorang pemain yang berada di tempat yang betul pada masa yang tepat. Dia penyerang yang cukup berkesan. Ruang yang dicipta Kane sangat menakutkan kami.

Kane meletakkan England di depan pada minit ke-11 tetapi Ferjani Sassi menyamakan kedudukan 10 minit sebelum tamat separuh masa pertama, namun hati Tunisia terguris selepas Kane menjaringkan gol kedua dalam masa kecederaan.

“Kami bermain menentang pasukan berkemahiran tinggi dan sangat tersusun dari sudut pemain hadapan mereka. Jika kami mendapat keputusan seri, ia akan menjadi keputusan yang sangat baik untuk kami.

“Tetapi diharapkan ia akan membawa tahap tumpuan yang lebih tinggi menjelang perlawanan selepas ini,” kata Maaloul yang membimbingTunisia buat kali kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Jun 2018 @ 9:18 AM