SWEDEN dan Korea Selatanakan bertemu di  Nizhny Novgorod, Isnin ini. FOTO AFP
SWEDEN dan Korea Selatanakan bertemu di Nizhny Novgorod, Isnin ini. FOTO AFP
Reuters

ZOO di bandar Russia, Nizhny Novgorod cuba mendapatkan ramalan keputusan daripada haiwan apabila bandar itu bakal menjadi tuan rumah buat kali pertamanya untuk perlawanan Piala Dunia antara Sweden dan Korea Selatan, Isnin ini.

Tapir yang dipelihara di Zoo Limpopo bernama Cleopatra diberikan tugas untuk memilih antara dua mangkuk buah berasingan dengan setiap satu diletakkan bendera Sweden dan Korea Selatan.

Cleopatra tidak teragak-agak dan berjalan menuju ke mangkuk buah yang mewakili Sweden sekali gus seakan memberi bayangan barisan pasukan Scandinavia bakal memenangi perlawanan Kumpulan F itu nanti.

Pengarah Zoo, Vladimir Gerasimov menjelaskan punca kenapa Cleopatra mempunyai kelebihan berbanding haiwan lain.

“Ini kerana tempat asalnya adalah di Brazil dan Selatan Amerika, haiwan ini diberi keutamaan untuk diberikan keistimewaan ini. Hari ini, dia menjangkakan yang Sweden akan memenangi perlawanan,” katanya.

Tapir, haiwan yang memakan buah-buahan dan daun, bukan saja boleh didapati di Selatan dan Amerika Tengah tetapi juga di Asia Tenggara.

Haiwan ini jarang diberikan peluang untuk meramalkan keputusan Piala Dunia dan setakat ini di sepanjang perlawanan di Russia, hanya kucing dan monyet dijadikan pilihan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Jun 2018 @ 4:32 PM