PENYERANG Belgium, Batshuayi (kiri) meraikan gol bersama rakan sepasukan, Romelu Lukaku selepas meledak gol ketika aksi pemanas badan terakhir menentang Costa Rica. FOTO AFP
PENYERANG Belgium, Batshuayi (kiri) meraikan gol bersama rakan sepasukan, Romelu Lukaku selepas meledak gol ketika aksi pemanas badan terakhir menentang Costa Rica. FOTO AFP
AFP

DUA jaringan Romelu Lukaku dan persembahan hebat Eden Hazard menyaksikan Belgium menewaskan Costa Rica 4-1 di Brussels pada saingan pemanas badan terakhir Piala Dunia mereka, sebentar tadi.

Bagaimanapun penyokong Belgium perlu melihat dengan rasa bimbang ketika Hazard yang menampilkan persembahan terbaik sejak kebelakangan ini, dikeluarkan pada minit ke-70.

Rakan sepasukannya bagaimanapun menolak dakwaan sebarang kebimbangan mengenai kecederaan yang menimpa penyerang Chelsea itu.

“Saya tidak terlalu bimbang mengenai Eden, dia pemain yang lasak. Dia sentiasa ditendang, namun dia cepat mengatasinya,” kata Lukaku selepas perlawanan.

Skuad kendalian jurulatih Roberto Martinez yang memiliki ramai pemain berbakat nyata terlalu kuat buat Costa Rica, yang mendahului menerusi Brian Ruiz selepas tekanan awal pasukan pelawat itu.

Namun pasukan yang mengatasi Mesir 3-0 minggu lalu itu yang memiliki pemain kelas dunia, Hazard mendahului 2-1 selepas berakhir babak pertama menerusi Dries Mertens dan Lukaku.

Penyerang Manchester United itu meldak gol kedua dengan tandukan kencang menerusi larian pantas ke dalam kotak penalti.

Dia kemudian bergandingan dengan rakan penyerang, Michy Batshuayi untuk gol keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Jun 2018 @ 9:26 AM