BOLT tunggu keputusan kes doping Carter. FOTO/AFP
BOLT tunggu keputusan kes doping Carter. FOTO/AFP
Reuters

KINGSTON: Usain Bolt dan bekas rakan sepasukan Jamaica bakal mengetahui sama ada pingat emas acara 4 x100 meter (100m) yang dimenangi pada Olimpik 2008 akan dikembalikan atau tidak selepas keputusan kes doping membabitkan Nesta Carter dimaklumkan esok.

Carter didapati positif menggunakan bahan perangsang terlarang, methylhexaneamine di Beijing yang menyaksikan pingat emas yang dimenangi bersama Bolt, Asafa Powell, Michael Frater dan Dwight Thomas terpaksa ditarik.

Carter hadir di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), November lalu bagi mengemukakan rayuan berhubung keputusan terbabit dan Setiausaha Agung tribunal itu, Matthieu Reeb menjelaskan keputusannya akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Saya yakin bahawa kes Carter akan dimuktamadkan pada atau sebelum Khamis minggu ini,” kata Reeb kepada laman sesawang Inside the Games.

Pasukan Jamaica itu sudah diarahkan oleh Jawatakuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) supaya memulangkan medal mereka pada Januari 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mei 2018 @ 12:38 PM