USAIN Bolt. FOTO AFP
USAIN Bolt. FOTO AFP
AFP

Dubai: Legenda pecut, Usain Bolt berkata dia boleh kembali daripada persaraan untuk memenangi pingat emas Olimpik 100 meter (m) kali keempat berturut-turut di Tokyo tahun ini apabila menegaskan catatan masa kemenangan itu masih boleh dicapai.

Bolt, 35, berkata, dia kecewa menyaksikan temasya sukan yang tertangguh itu dari rumahnya di Jamaica selepas rakan senegaranya gagal menyerlah dan pelari pecut Itali, Lamont Jacobs melakukan kejutan dengan memenangi acara riben biru itu.

"Saya amat merinduinya. Saya harap berada di sana," katanya dalam satu temuramah di Dubai bersama penajanya, PepsiCo.

"Kerana bagi saya, saya hidup untuk saat seperti itu. Jadi ia agar sukar untuk dilihat."

Bolt mendominasi acara pecut apabila memenangi lapan pingat emas di Sukan Olimpik dan hanya terlepas emas dalam acara 4x100m pada 2008 selepas rakan sepasukannya, Nesta Carter positif menggunakan bahan terlarang.

Olimpik pertama tanpa Bolt menyaksikan Jacobs mencatatkan masa 9.80 saat (s) untuk memenangi acara itu di Stadium Nasional Tokyo.

"Ketika penghujung karier, jurulatih beritahu saya manusia tidak akan bertambah pantas dan saya akan semakin perlahan.

"Tapi saya tidak melihatnya seperti itu, jadi bagi saya 9.80s adalah sesuatu yang boleh dicapai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 November 2021 @ 1:21 PM