USAIN Bolt. FOTO AP
USAIN Bolt. FOTO AP
Reuters

Kingston: Pemegang rekod 100 dan 200 meter dunia, Usain Bolt berkata dia kini berada dalam "situasi tertekan" selepas lebih daripada $12.7 juta (RM53.89 juta) wang miliknya dengan firma pelaburan Jamaica hilang dari akaunnya.

Bolt yang berusia 36 tahun awal bulan ini dimaklumkan bahawa baki akaunnya di Stocks and Securities Ltd (SSL) yang berpangkalan di Kingston berkurangan dan kini hanya tinggal $12,000 (RM50,927) kata peguam Linton Gordon.

"Ia sukar anda tahu, tetapi saya fikir selama bertahun-tahun saya bertanding ia membantu saya memahami dan memberi tumpuan kepada perkara yang penting," kata Bolt.

"Saya akan menyerahkan perkara itu kepada peguam saya dan memberi tumpuan kepada keluarga saya, cuba jangan terlalu memikirkannya kerana ia adalah situasi yang tertekan," kata juara dunia 11 kali itu.

SSL dalam satu kenyataan pada 12 Januari lalu menyedari aktiviti penipuan oleh bekas pekerja dan merujuk perkara itu kepada penguatkuasa undang-undang, sambil menambah mereka sudah mengambil langkah untuk mendapatkan aset dan mengukuhkan semula protokol.

Pasukan Constabulary Jamaica berkata pasukan penyiasatan penipuan dan kewangannya sedang menyiasat "dakwaan aktiviti penipuan di (SSL) yang dikatakan menjejaskan akaun Usain Bolt serta individu lain."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 January 2023 @ 1:40 PM