MARTINEZ ketika mengumumkan senarai pemain Belgium di  Tubize. FOTO AFP
MARTINEZ ketika mengumumkan senarai pemain Belgium di Tubize. FOTO AFP
AFP

Brussels: Jurulatih Belgium, Roberto Martinez berkata sasarannya untuk menjulang trofi apabila bakal menurunkan skuad terkuat dengan 26 pemain terbaik bagi menghadapi Euro 2020.

Bagaimanapun, bekas pengurus Everton itu tetap berasakan England pasukan pilihan menjuarai kejohanan tetapi dia mempunyai ramuan untuk mengecewakan skuad Gareth Southgate seperti dilakukan pada aksi playof tempat ketiga Piala Dunia 2018.

"Kami lebih kuat berbanding skuad Piala Dunia lalu," kata Martinez kepada stesen televisyen RTBF. "Ramai pemain kami kini mempunyai lebih banyak pengalaman pada saingan peringkat tertinggi.''

"England memiliki generasi pemain muda yang hebat dan berkelebihan tempat sendiri dalam kebanyakan perlawanan terutamanya jika ada penonton,'' tambah Martinez.

Axel Witsel disenaraikan walaupun menjalani pembedahan tendon Achilles pada Januari tetapi hanya kembali menjalani latihan ringan beberapa hari lalu.

"Dengan skuad ditambah kepada 26 (berbanding 23), saya tidak bimbang mengenai Witsel, dia pemain yang unik," kata Martinez.

Belgium yang menduduki ranking pertama dunia berada dalam Kumpulan B dan akan menentang Russia pada 12 Jun, Denmark lima hari kemudian dan Finland pada 21 Jun.

Skuad Belgium

Penjaga gol (3): Thibaut Courtois (Real Madrid/ESP), Simon Mignolet (Club Brugge), Matz Sels (Strasbourg/FRA)

Pertahanan (7): Toby Alderweireld (Tottenham/ENG), Dedryck Boyata (Hertha Berlin/GER), Jason Denayer (Lyon/FRA), Jan Vertonghen (Benfica/POR), Thomas Vermaelen (Vissel Kobe/JPN), Timothy Castagne (Leicester/ENG), Thomas Meunier (Borussia Dortmund/GER)

Pemain tengah (9): Yannick Carrasco (Atletico Madrid/ESP), Nacer Chadli (Istanbul Basaksehir/TUR), Leander Dendoncker (Wolves/ENG), Kevin De Bruyne (Manchester City/ENG), Thorgan Hazard (Borussia Dortmund/GER), Dennis Praet (Leicester/ENG), Youri Tielemans (Leicester/ENG), Hans Vanaken (Club Brugge), Axel Witsel (Borussia Dortmund/GER)

Penyerang (7): Michy Batshuayi (Crystal Palace/ENG), Christian Benteke (Crystal Palace/ENG), Jeremy Doku (Rennes/FRA), Eden Hazard (Real Madrid/ESP), Romelu Lukaku (Inter Milan/ITA), Dries Mertens (Napoli/ITA), Leandro Trossard (Brighton/ENG)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Mei 2021 @ 8:18 AM