AZROY HAZAL WAFIE
AZROY HAZAL WAFIE
Oleh Ajitpal Singh dan Nor Hairulnizam Wahid

 

GOLD COAST: Tidak keterlaluan apabila dikatakan antara insan paling berbangga dengan kejayaan Azroy Hazal Wafie merangkul emas pertama negara di Sukan Komanwel Gold Coast adalah Amirul Hamizan Ibrahim sendiri.

Azroy mengulangi pencapaiannya di Manchester 2002 apabila memecah rekod berusia 16 tahun itu dalam kategori 56kg.

Dua rekod Amirul dipecahkan hari ini iaitu dalam acara snatch dan keseluruhan namun gagal mengatasi pencapaian Amirul dalam clean and jerk dengan angkatan 144kg, kurang satu berbanding dilakukan Amirul di Manchester.

"Saya berbangga dengan kejayaan Azroy memecahkan rekod saya di Manchester 2002 dan New Delhi 2010, tahniah kerana dapat memperbaharui rekod Sukan Komanwel," kata Amirul yang juga pengurus pasukan angkat berat.

"Kita memang tahu dia mampu memecahkan rekod tetapi mahu dia berhati-hati dalam clean and jerk kerana yang penting adalah emas untuk negara. 

 

"Malah saya gembira dapat berkongsi pengalaman dengan atlet angkat berat apabila bersama mereka.

"Apa yang saya harapkan atlet angkat berat yang ingin berjaya seperti Azroy sentiasa rajin berlatih, menjaga pemakanan dan mempunyai disiplin yang tinggi."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 April 2018 @ 2:41 PM