KASMA  (depan) bersama rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham dari pasukan Petronas Yamaha Maju Motor mendahului perlumbaan kategori CP130 Petronas Cub Prix  pusingan keempat di Litar Taman Tasik Raja, Pasir Mas. FOTO/FATHIL ASRI.
KASMA (depan) bersama rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham dari pasukan Petronas Yamaha Maju Motor mendahului perlumbaan kategori CP130 Petronas Cub Prix pusingan keempat di Litar Taman Tasik Raja, Pasir Mas. FOTO/FATHIL ASRI.
Sukhairi Thani


JUARA sulung kelas CP150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia, Kasma Daniel Kasmayudin bertekad mengekalkan rentak kemenangan selepas menjuarai pusingan pembuka tirai musim 2018 di Litar Tangkak, Johor, semalam.

Kemenangan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu bertambah manis apabila memadam kekecewaan di pusingan akhir musim 2017 di mana dia tewas di tangan rakan sepasukan, Ramdan Rosli di Dataran Bandar Penawar, Johor, November lalu.

“Kemenangan pertama yang bermakna,” katanya. “Memulakan musim baru di landasan yang baik dengan kemenangan di laman sendiri.

“Terima kasih kepada pasukan, keluarga dan peminat kerana terus memberi sokongan padu. Terus cuba untuk berada di atas (kedudukan).”

Dalam perlumbaan semalam, Kasma yang juga juara keseluruhan tahun lalu menamatkan perlumbaan dengan catatan 14 minit 54.984 saat - mengatasi dua pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ, Ahmad Afif Amran dan Mohd Hafiz Nor Azman.

Afif menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 14:55.266s manakala Hafiz meraih podium pertamanya dalam kelas perdana di tangga ketiga dengan masa 15:01.124s.

“Saya terpaksa bekerja keras untuk mengekalkan kedudukan pada penghujung perlumbaan kerana Afif memberikan saingan sengit,” kata pelumba berusia 18 tahun itu.

“Saya menutup segala ruang untuk Afif memintas dan berjaya memenangi perlumbaan.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 April 2018 @ 7:27 PM