MAREK Hamsik tidak akan terbabit dengan kem latihan Slovakia menjelang perlawanan persahabatan menentang Belanda
MAREK Hamsik tidak akan terbabit dengan kem latihan Slovakia menjelang perlawanan persahabatan menentang Belanda

NAPLES, Itali: Kapten Napoli, Marek Hamsik diketepikan daripada skuad kebangsaan Slovakia selepas menjalani pembedahan tonsil, umum kelab Serie A itu semalam.

Pemain tengah berusia 27 tahun itu, yang menjaringkan enam gol bersama Napoli musim ini, terlepas beberapa sesi latihan kerana masalah tonsil.

“Marek Hamsik berjaya menjalani pembedahan tonsil hari ini di Clinica Ruesch di Naples,” menurut kelab pencabar kejuaraan Serie A itu dalam satu kenyataan.

“Hamsik dijangka pulang ke rumah esok dan tidak akan terbabit dengan kem latihan Slovakia menjelang perlawanan persahabatan mereka menentang Belanda di laman sendiri.”

Napoli ketinggalan dua mata di belakang juara bertahan Juventus dalam Serie A ketika mereka memburu Scudetto pertama sejak 1990. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Mac 2018 @ 10:00 AM