PEMAIN THT, Faizal Saari (kanan) menjadi sandaran pasukan itu hadapi UniKL, hari ini.
PEMAIN THT, Faizal Saari (kanan) menjadi sandaran pasukan itu hadapi UniKL, hari ini.
Jugjet Singh

Kuala Lumpur: Juara Liga Hoki Malaysia, Pasukan Hoki Terengganu (THT) akan bertemu lawan yang sentiasa memberi kesukaran kepada mereka dalam liga Universiti Kuala Lumpur (UniKL), pada separuh akhir pertama Piala TNB, hari ini.

Pada saingan liga sebelum ini, kedua-dua pasukan seri 2-2 dan kemudian 1-1.

Satu lagi perlawanan separuh akhir membabitkan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pertembungan kedua-dua pasukan itu sukar untuk diramalkan selepas TNB mengejutkan KLHC dengan kemenangan 4-2 sebelum mereka pula tewas 0-4.

UniKL berharap dapat meraih keputusan seri kali ketiga pada separuh akhir pertama untuk mencerahkan peluang beraksi di final Piala TNB.

“Kami akan mengekalkan taktikal yang sama seperti dua perlawanan liga sebelum ini, iaitu terus memberi tekanan kepada lawan,” kata ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj.

Arul bimbang dengan masalah kecederaan dan kepenatan kerana separuh akhir kedua pula berlangsung Rabu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Februari 2018 @ 3:33 AM