ROY HODGSON
ROY HODGSON
AFP

LONDON: Pengurus Crystal Palace, Roy Hodgson memuji penggunaan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) yang dilaksanakan buat pertama kali di liga bolasepak kompetitif Inggeris, semalam.

Sekali pun skuad kendaliannya kalah 2-1 kepada Brighton pada aksi pusingan ketiga Piala FA itu, tetapi penggunaan VAR berjaya menyelesaikan kekeliruan membabitkan gol kemenangan kontroversi Brighton.

Glenn Murray menjaringkan gol kemenangan Brighton pada minit terakhir permainan tetapi wujud kekeliruan kalangan pemain, peminat di stadium dan penonton sama ada gol itu menggunakan tangan selain sama ada VAR terbabit dalam keputusan berkenaan.

Menurut Hodgson dan pengurus Brighton, Chris Hughton, pengadil perlawanan Andre Marriner dihubungi oleh seorang lagi pegawai perlawanan Neil Swarbrick yang mengendalikan sistem VAR untuk menentukan status gol itu.

Tetapi Marriner tidak menunjukkan dia menggunakan monitor VAR yang menyumbang kepada kekeliruan itu.

Hodgson berkata: “Kami merasa ragu. Orang yang berada rapat dengannya nampak marah, dan daripada sudut pandang kami ia nampak seperti dia menggunakan tangan.

“Kamu perlu mengucapkan tahniah terhadap sistem itu. Apabila kamu melihatnya banyak kali seperti mereka mampu lakukan, daripada beberapa sudut yang berbeza, ia pasti agak keras (untuk tidak membenarkannya).

“Ia adalah gol yang sah dan pengadil dibantu kerana dia mempunyai Swarbrick di studio VAR untuk membantunya membuat keputusan jadi saya tidak mempunyai sebarang rungutan.”

“Itu yang saya percaya. Yang ia digunakan dan tidak ada keputusan untuk dibuat. Ketika itu saya langsung tidak bimbang ia kesalahan terkena tangan.”

Sistem VAR ketika ini dalam percubaan di Itali dan Jerman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018 @ 1:06 AM