HERNANDEZ (tengah) menjaringkan gol kemenangan AC Milan bersama Pierre Kalulu (kiri) Hakan Calhanoglu. FOTO AFP
HERNANDEZ (tengah) menjaringkan gol kemenangan AC Milan bersama Pierre Kalulu (kiri) Hakan Calhanoglu. FOTO AFP
AFP

Milan: Theo Hernandez meledakkan gol pada masa tambahan untuk memastikan AC Milan kekal sebagai pendahulu Serie A sebelum rehat musim sejuk dengan kemenangan 3-2 mengatasi Lazio.

Milan kini satu mata mengatasi musuh tradisi Inter yang sebelum itu melebarkan kemenangan kepada tujuh perlawanan hasil kemenangan 2-1 ke atas Hellas Verona.

Lazio bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi Luis Alberto dan Ciro Immobile namun pertahanan Perancis itu menanduk masuk gol ketiganya pada waktu kecederaan untuk memastikan Milan meraih tiga mata berharga.

Milan turun tanpa penyerang utama Zlatan Ibrahimovic yang mengalami kecederaan meneruskan rekod tanpa kalah sejak Mac lalu dan kini menyasarkan untuk bergelar juara Serie A sejak 2011.

Kedua-dua kelab Milan itu mengatasi lawan masing-masing dengan Roma kini melonjak ke kedudukan ketiga, enam mata di belakang Inter selepas melakar kemenangan 3-2 ke atas Cagliari.

"Saya bangga dengan pemain-pemain," kata jurulatih Stefano Pioli yang mengumpul 34 mata dalam 14 perlawanan Serie A, dua kali lebih banyak pada peringkat yang sama musim lalu.

"Mereka melakukan sesuatu yang penting. Dengan Ibra di atas padang kami lebih kuat tapi kami memanfaatkan segala kelebihan yang dimiliki setiap pemain walaupun tanpa dia.

Napoli turun dari tangga ketiga ke kedudukan kelima dua mata di belakang Roma biarpun Lorenzo Insigne menjaringkan gol lewat perlawanan bagi mengikat kedudukan 1-1 menentang pasukan bawahan Torino.

Juara bertahan Juventus di tempat keenam ketinggalan 10 mata selepas tewas 3-0 buat kali pertama dalam saingan Serie A kepada Fiorentina Selasa lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2020 @ 9:21 AM