TEVEZ (kanan) kembali sarung jersi Boca selepas tinggalkan Shanghai Shenhua. -Foto AFP
TEVEZ (kanan) kembali sarung jersi Boca selepas tinggalkan Shanghai Shenhua. -Foto AFP
Reuters

BUENOS AIRES: Carlos Tevez menyertai semula kelab pertamanya Boca Juniors selepas menamatkan kontrak bersama kelab China, Shanghai Shenhua, menurut jurucakap kelab Argentina itu.

Tevez yang berusia 34 tahun bulan depan bertemu jurulatih Guillermo Barros Schelotto dan terus menjalani latihan pramusim di Kompleks Los Cardales.

“Selamat kembali Tevez. Hari ni dia akan bersama skuad Guillermo dan berlatih bersama rakan sepasukan,” kata jurucakap pasukan.

Bagaimanapun kelab tidak memberikan butiran lanjut mengenai kontrak Tevez atau mendedahkan yuran perpindahan dari kelab China itu.

Perpindahan itu adalah yang ketiga buat Tevez bersama Boca yang beraksi buat pertama kali pada 2001 sehingga 2004.

Selepas menjuarai Piala Libertadores dan juara Piala Intercontinental, Tevez menyertai kelab Brazil, Corinthians dan West Ham sebelum menikmati musim membanggakan di Manchester apabila memenangi Liga Perdana Inggeris bersama United dan City.

Dia juga menjuarai dua Scudettos bersama Juventus di Itali pada 2014 and 2015 sebelum pulang ke Boca.

Tevez menyertai Shanghai Shenhua pada Januari 2017. Walaupun membantu kelab itu menjuarai Piala FA China tahun lalu, pemain itu gagal menyerlah di Asia sekali gus tidak mendapat tempat dalam skuad kebangsaan Argentina.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 January 2018 @ 3:20 PM