NATASHA antara pemain golf negara yang di senarai pendek menyertai Sukan Asia. FOTO/ FACEBOOK Yenni Hasnawi
NATASHA antara pemain golf negara yang di senarai pendek menyertai Sukan Asia. FOTO/ FACEBOOK Yenni Hasnawi
Farah Azharie


PERSATUAN Golf Malaysia (MGA) membayangkan, tujuh pemain akan dipilih mewakili negara di temasya Sukan Asia Indonesia, tahun depan.

Secara tidak rasmi, enam daripada mereka sudah di senarai pendek untuk menyertai temasya berkenaan. Mereka ialah Chan Tuck Soon, Natasha Andrea Oon, Ashley Lau, Winnie Ng, Rhaasrikanesh Kanavathi serta Adam Arif Madzri.

Menurut pengurus besar MGA, Ishak Mohd Esa, senarai itu bagaimanapun belum rasmi dan akan dinilai dari semasa ke semasa termasuk soal penajaan dan kos.

“Ini adalah nama-nama yang belum rasmi. Setakat ini, mereka adalah pemain yang ada dalam pertimbangan kami,” katanya.

Bagi tiga lagi pemain lain - Galven Green, Ervin Chang dan Danial Durisic -yang mewakili skuad kebangsaan di Sukan SEA lalu, masa depan mereka bergantung kepada persatuan.

“Atlet Sukan SEA, bergantung sama ada persatuan sedia membayar kos penerbangan pergi dan balik untuk mereka.”

Galven, Ervin dan Danial ketika ini berpangkalan di Amerika Syarikat di mana mereka sedang melanjutkan pengajian masing-masing.

Ogos lalu, Galven, Ervin dan Danial gagal menamatkan kemarau enam tahun negara untuk memenangi emas Sukan SEA apabila tewas 2-1 di tangan Filipina di pusingan pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Disember 2017 @ 10:06 PM