PEMAIN New Zealand Kosta Barbarouses (tengah) diasak pemain Peru ketika pertemuan playoff pertama Piala Dunia. -Foto EPA
PEMAIN New Zealand Kosta Barbarouses (tengah) diasak pemain Peru ketika pertemuan playoff pertama Piala Dunia. -Foto EPA
Reuters

KUNJUNGAN ke Lima langsung tidak menggentarkan New Zealand dalam misi meraih kemenangan ke atas Peru pada aksi kedua playoff Piala Dunia, kata jurulatih All Whites Anthony Hudson.

New Zealand berjaya menangani tekanan yang diberikan Peru, pasukan ranking ke-10 dunia untuk seri tanpa jaringan di Stadium Wellington hari ini dan akan berlepas ke Amerika Selatan untuk aksi timbal balik Rabu depan dengan harapan layak ke pusingan akhir di Russia tahun depan.

“Kami tidak sabar untuk ke Lima. Kami sudah biasa dengan keadaan sebegini,” kata Hudson.

“Saya sentiasa mengeluh bahawa kami tidak bermain di laman sendiri, kami sentiasa bermain bersungguh-sungguh di tempat lawan dan kami sudah biasa dengannya.

“Daripada kebanyakan tempat yang kami pergi, kami berjaya menjaringkan gol dan mencipta peluang. Justeru kami yakin untuk ke sana dan menjaringkan gol.”

New Zealand akan kekal sebagai pasukan bukan pilihan ketika berdepan skuad kendalian Ricardo Gareca tetapi Hudson berkata beliau mempelajari sesuatu daripada aksi playoff yang disertai pasukan itu pada dua edisi terdahulu.

Skuad All Whites layak ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan hasil kemenangan 1-0 ke atas Bahrain pada aksi timbal balik di Wellington selepas seri 0-0 di tempat lawan.

Bagaimanapun, empat tahun kemudian mereka dibelasah Mexico 1-5, pada aksi pertama dan gagal layak ke Brazil.

“Bagi pasukan ini, bukannya 90 minit tetapi 180 minit dan kami perlu terus menguasai perlawanan khususnya pada 10 minit terakhir di Lima,” kata Hudson.

“Kami akan bermain sepanjang 180 minit dan memastikan ia menjadi milik kami nanti.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 November 2017 @ 4:38 PM