SESI latihanan beregu lelaki di Akademi Badminton Negara, Bukit Kiara, minggu lalu. FOTO Luqman Hakim Zubir
SESI latihanan beregu lelaki di Akademi Badminton Negara, Bukit Kiara, minggu lalu. FOTO Luqman Hakim Zubir
Aizat Sharif


PEMAIN pelapis serta junior badminton negara yang dilihat mempunyai potensiakan berlatih sebumbung dengan pemain senior di Bukit Kiara bermula Januari depan.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, langkah berkenaan diambil usaha untuk memastikan pemain pelapis dan junior tidak ‘tenggelamt tatkala diberi peluang untuk beraksi di peringkat senior.

Ia juga bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan serta sokongan untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

“Kita mempunyai tujuh juara dunia di peringkat junior tetapi kita melihat kejayaan di peringkat junior ini sahaja tidak cukup kerana gagal diteruskan di peringkat senior.

“Sebagai contoh, kita lihat dahulunya bagaimana pemain Denmark, Viktor Axelsen tewas kepada pemain kita Zulfadli Zulkiffli yang juga juara dunia peringkat junior tetapi Axelsen kini sudah bergelar juara dunia.

"Oleh itu kita perlu konsisten dari segi pelaksanaan khidmat sokongan seperti sains sukan serta latihan intensif kerana bermula tahun hadapan pemain pelapis dan junior ini akan duduk sebumbung di Bukit Kiara serta akan merasai kemudahan dan sokongan sama seperti dinikmati pemain senior supaya mereka lebih lebih bersedia apabila ditawarkan beraksi di peringkat lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Liga Remaja Kebangsaan AirAsia-BAM peringkat negeri di Dewan Persatuan Badminton Kedah (KBA) Jalan Suka Menanti, Alor Setar, hari ini.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu disertai 186 pemain muda dan 21 pasukan dari 14 sekolah di negeri Kedah.

Norza turut mengulas mengenai penganjuran liga berkenaan dimana pihaknya menerima kerjasama cukup baik terutama dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang turut membantu melaksanakan program berkenaan.

"Saya juga seronok apabila diberitahu terdapat keseimbangan penyertaan antara pemain lelaki dan perempuan. Itu menepati hasrat BAM selama ini yang mahu memperkukuhkan skuad Piala Uber negara, setanding dengan skuad Piala Thomas satu hari nanti.

"Selain itu saya juga kagum dengan kualiti pemain yang ada di negeri bukan tradisi badminton di negara ini seperti Kelantan, Sabah, Sarawak dan Terengganu.

“Jika selama ini kita hanya bertumpu kepada negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Johor yang dilihat banyak mempunyai pemain badminton pelapis dan junior berbakat tetapi kini negeri lain juga turut membuktikan bahawa mereka juga mampu memainkan peranan aktif dalam pembangunan badminton di peringkat akar umbi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 November 2017 @ 5:10 PM