PEMAIN Kelantan, Mohamad Qhaidir Abdullah (dua dari kanan) diasak dua pemain Kuala Lumpur dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Emas Raja-Raja 2017 di Kompleks Sukan UPM Serdang. -Foto fail
PEMAIN Kelantan, Mohamad Qhaidir Abdullah (dua dari kanan) diasak dua pemain Kuala Lumpur dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Emas Raja-Raja 2017 di Kompleks Sukan UPM Serdang. -Foto fail
Mohd Fitrie Muhamad


PULAU Pinang dan Kelantan bakal membuat perhitungan di pentas final Piala Emas Raja-Raja yang dijadualkan berlangsung pada 11 November ini.

Pulau Pinang yang dikendalikan Abd Rahim Hassan layak ke perlawanan akhir selepas menewaskan Selangor 1-0 secara agregat di separuh akhir, semalam.

Kelantan pula mara selepas menumbangkan Kuala Lumpur 2-0, secara agregat.

“Walaupun Selangor seperti tertekan, mereka masih mampu bermain dengan cukup baik.

“Apa pun, pujian harus diberikan kepada pemain kerana kekal berdisiplin, sekali gus menempah slot ke final,” kata Abd Rahim mengulas kejayaan mereka di separuh akhir.

Sekali pun Kelantan pernah menewaskan Pulau Pinang, 2-0 pada aksi peringkat Kumpulan D, September lalu, namun skuad dari utara itu pasti mahu tampil lebih garang untuk menebus kekecewaan di pentas final.

Menariknya, pertembungan kedua-dua pasukan ini pasti menjurus kepada misi balas dendam buat Pulau Pinang ketika mereka pernah dikecewakan 4-0 oleh lawan sama pada final edisi 2008.

Aksi itu juga adalah penampilan terakhir Pulau Pinang di pentas akhir pertandingan ini.

Dalam masa sama, Kelantan yang kali terakhir muncul juara pada edisi 2010 pasti mahu memburu trofi tunggal buat negeri itu selepas gagal dilakukan oleh pasukan ‘abang’ dalam saingan Liga Super.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Oktober 2017 @ 9:05 PM