MUHAMMAD Shahril Saabah (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Korea Selatan. -Foto Asian Hockey Federation
MUHAMMAD Shahril Saabah (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Korea Selatan. -Foto Asian Hockey Federation
Jugjet Singh di Dhaka

MALAYSIA akan menggunakan aksi terakhir dalam Kumpulan B menentang Oman di Dhaka, Bangladesh esok sebagai perlawanan pemanas badan bagi peringkat round robin Piala Asia.

Pasukan kendalian Stephen van Huizen itu melepasi peringkat kumpulan dengan cemerlang apabila membenam China 7-1 dan menewaskan juara bertahan Piala Asia, Korea Selatan 2-1.

Oman pula memerlukan keajaiban untuk menundukkan Malaysia yang kini mengumpul mata penuh untuk berada di kedudukan teratas kumpulan.

“Tidak ada istilah tidak menghormati pemain Oman, kerana saya berhasrat menggunakan permainan ini sebagai pemanas badan sebelum ‘kejohanan sebenar’ bermula,” kata Van Huizen.

Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan mara ke peringkat round robin yang mana mereka perlu bermain tiga perlawanan lagi. Dua pasukan teratas kemudiannya akan mara ke final.

Oman sudah bermain dua kali pada Piala Asia dengan kali terakhir di Ipoh pada 2013, apabila mereka menduduki tangga keenam.

“Pukulan sudut penalti kami masih tidak sempurna dan kami ada satu lagi perlawanan untuk perbaikinya. Tiga perlawanan dalam round robin adalah ujian sebenar kami dan kami berhasrat untuk melepasi peringkat kedua itu dengan keputusan yang baik juga,” kata Van Huizen.

Pakar sudut penalti, Razie Rahim diberi banyak peluang ketika menentang China dan Korea tetapi dia gagal mempamer kemampuannya. Sebaliknya pemain sudut penalti kedua, Faizal Saari mempamer kehebatan di Dhaka.

Sementara itu, jurulatih Oman, AK Ponacha sedar pasukannya berdepan kesukaran pada perlawanan terakhir kumpulan bertemu skuad negara.

“Kami tahu ia akan menjadi perlawanan paling sukar buat kami, tapi pada masa sama kami tidak akan rugi apa-apa cuma akan memperoleh pengalaman apabila bermain dengan lawan yang berada di ranking lebih tinggi,” kata Ponacha.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Oktober 2017 @ 6:02 PM