ENG  Cheong (tengah) jadi sandaran negara.
ENG Cheong (tengah) jadi sandaran negara.
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Malaysia dijangka tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Remaja Asia bagi acara berpasukan campuran apabia diundi dalam Kumpulan B bersama Singapura, Vietnam, Macau dan Myanmar.

Bagaimanapun, untuk mengelak daripada bertemu kuasa besar seperti China, Jepun dan Thailand pemain negara harus berusaha keras bagi membantu Malaysia muncul juara di kejohanan yang berlangsung dari 22 hingga 30 Julai ini di Jakarta.

Korea Selatan, India, China dan Uzbekistan diundi dalam Kumpulan A manakala Kumpulan C dihuni Thailand, Jepun, Kazakhstan, Mongolia dan Filipina.

Kumpulan D pula membabitkan empat negara iaitu Indonesia, Taiwan, Hong Kong dan Nepal.

Berdasarkan aksi tahun lalu skuad remaja negara terkandas di suku akhir selepas tumpas 0-3 kepada China, manakala pencapaian terbaik bagi acara individu pula ialah meraih gangsa melalui beregu lelaki Ooi Zi Heng-Soh Wooi Yik.

Tumpuan kali ini terarah kepada pemenang pingat gangsa Kejohanan Remaja Dunia tahun lalu, Toh Ee Wei yang bergandingan bersama Ng Eng Cheong dan diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Julai 2017 @ 4:17 AM