ORANG Yahudi Ultra-Ortodoks melawat askar tentera Israel untuk menunjukkan sokongan mereka ketika mereka ditempatkan di kedudukan berhampiran sempadan dengan Gaza di selatan Israel. FOTO AFP
ORANG Yahudi Ultra-Ortodoks melawat askar tentera Israel untuk menunjukkan sokongan mereka ketika mereka ditempatkan di kedudukan berhampiran sempadan dengan Gaza di selatan Israel. FOTO AFP
Dr Azri Bhari

Konflik Israel-Palestin masih berterusan hingga kini, bahkan semakin meruncing sejak orang Yahudi menubuhkan negara haram Israel pada 1948 dengan bantuan dan sokongan Britain.

Zionis-Israel menggunakan sentimen Yahudi atas nama bangsa dan agama bagi merealisasikan projek normalisasi Israel di mata dunia. Zionis-Israel kerap melakukan pencerobohan terhadap Masjid al-Aqsa dan serangan ke atas Semenanjung Gaza.

Pencerobohan Zionis-Israel terhadap Masjid al-Aqsa sebenarnya melanggar undang-undang dunia pada 1948 yang sudah membahagikan sempadan kawasan Masjid al-Aqsa kepada umat Islam, Yahudi dan Kristian.

Salasilah bangsa Yahudi adalah umat Nabi Musa AS daripada keturunan Nabi Yaakub AS. Allah SWT menggelarkan dalam al-Quran sebagai Bani Israel bermaksud anak cucu Israel. Bangsa Yahudi dinisbahkan kepada seorang anak Nabi Yaakub bernama Yahudha kerana kerajaan Bani Israel dikuasai oleh keturunannya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai Bani Israel, ingatlah akan nikmat-Ku yang Aku anugerahkan kepada kamu dan (ingatlah) juga bahawasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala bangsa (yang ada pada zaman nenek moyang mereka iaitu zaman Nabi Allah Musa AS)." (Surah al-Baqarah: 47)

Asal usul orang Yahudi adalah satu rumpun bangsa daripada satu keturunan sahaja dan tidak bercampur dengan bangsa serta keturunan lain. Namun, kini orang Yahudi bercampur aduk dengan bangsa lain dan bukan lagi sebagai Bani Israel yang tulen.

Bangsa ini mempunyai banyak kelebihan, antaranya jumlah nabi yang paling ramai diutuskan dalam kalangan bangsanya sekali gus menunjukkan sifat dan perangai sangat negatif sehingga memerlukan banyak pembimbing.

Setiap kali wafat seorang nabi, maka bangsa ini akan kembali kepada kezaliman dan kesesatan sehingga memerlukan perutusan nabi baharu untuk memberi peringatan serta bimbingan.

Terdapat pelbagai sifat Yahudi yang dijelaskan dalam al-Quran yang menunjukkan pencerobohan Zionis-Israel secara konsisten adalah kesan daripada sifat yang tersemat sekian lama dalam sanubari mereka.

Pertama, sifat tamak yang tinggi dan berlebihan terhadap dunia. Sifat ini dijelaskan dalam al-Quran dan boleh dilihat secara realiti sejak dahulu sehinggalah sekarang sangat rakus dan tamak.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya) dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang daripada mereka suka kiranya dia boleh hidup 1,000 tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya daripada azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan." (Surah al-Baqarah: 96)

Selain itu, Allah SWT turut berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: 'Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu? Maka ketika mereka menyeleweng (daripada kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (daripada mendapat hidayah petunjuk) dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik – derhaka." (Surah as-Saf: 5)

Ayat di atas menjelaskan orang Yahudi mengkhianati Nabi Musa AS dengan menyembah patung anak lembu dalam tempoh 40 hari setelah dibimbing untuk selamatkan diri daripada perhambaan Firaun.

Sifat tamak yang melampau ini juga menunjukkan imperialisme Zionis-Israel di Tebing Barat dan Jerusalem ketika ini, sekali gus menunjukkan sikap tidak berterima kasih dan lupa daratan terhadap umat Islam suatu ketika dahulu.

Bangsa Yahudi pernah dipencilkan oleh majoriti penganut beragama di pelbagai penjuru dunia dan kemudian selama ratusan tahun mendapat perlindungan daripada umat Islam di Andalusia dan Turki Uthmani.

Kedua, sifat penakut terhadap kebenaran. Bangsa Yahudi juga mempunyai sifat takut dengan kelompok yang lebih kuat, bahkan membuatkan mereka meminta Nabi Musa AS dan Tuhannya berperang sendiri.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "(Nabi Musa berkata lagi): 'Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya) dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang yang rugi (di dunia dan di akhirat). Mereka menjawab: Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya kemudian jika mereka keluar daripadanya maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu).'" (Surah al-Maidah: 21-22)

Selain itu, Allah SWT turut berfirman yang bermaksud: "Mereka (menolak dengan) berkata: 'Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu." (Surah al-Maidah: 24)

Ayat di atas menunjukkan bangsa Yahudi menolak kebenaran melalui janji Allah SWT yang memastikan kemenangan dengan berperang bersama Nabi Musa AS.

Perkara ini membuktikan orang Yahudi bersifat penakut, pesimis, tamak kepada dunia serta memilih untuk hidup hina dengan kebatilan daripada mati mulia dalam kebenaran.

Ketiga, sifat rasis yang tinggi dan menebal. Bangsa Yahudi menganggap istimewa dan hebat kerana sebagai bangsa pilihan yang dikasihi Tuhan berbanding bangsa lain di dunia ini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): 'Wahai orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang dikasihi Allah tidak termasuk umat manusia yang lain maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang yang benar!'" (Surah al-Jumaah: 6)

Keempat, sifat suka bermusuhan sehingga ke tahap membunuh. Bangsa Yahudi mempunyai sifat yang paling keras permusuhan terhadap umat Islam sehingga sanggup melakukan jenayah pembunuhan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang yang beriman ialah orang Yahudi serta orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang dekat sekali kasih mesranya kepada orang beriman ialah orang yang berkata: Bahawa kami ini ialah orang Nasrani yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta dan ahli ibadat serta kerana mereka pula tidak berlaku sombong." (Surah al-Maidah: 82)

Sifat permusuhan ini mengakibatkan berlaku fenomena pembunuhan yang tidak asing dalam sejarah Yahudi. Bahkan sanggup membunuh ramai nabi daripada bangsanya seperti Nabi Zakaria AS dan Nabi Yahya AS.

Selain itu, Yahudi turut menganggap berjaya membunuh Nabi Isa AS sedangkan menurut al-Quran Nabi Isa AS diselamatkan oleh Allah SWT daripada kejadian pembunuhan itu.

Kelima, sifat suka menceroboh negara atau sempadan orang lain. Penindasan dan pencerobohan yang dilakukan sangat kejam dan tragis sehingga berani mendakwa sebagai suatu tindakan yang benar di sisi undang-undang.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau." (Surah al-Isra': 4)

Kerosakkan yang dibuat oleh Yahudi bukanlah sekadar dua kali, bahkan berkali-kali melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Fenomena semasa Zionis-Israel menggambarkan penindasan dan pencerobohan Yahudi terhadap negara umat Islam.

Demikianlah sifat bangsa Yahudi yang sangat keterlaluan dan berlebihan seperti yang dijelaskan dalam al-Quran sehingga kekal dilihat pada hari ini. Sifat yang tersemat dalam kalangan Yahudi mengakibatkan Zionis-Israel adalah musuh utama umat Islam dan masyarakat dunia.

Penulis Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2023 @ 7:02 AM