PELBAGAI potongan denim untuk dipilih.
PELBAGAI potongan denim untuk dipilih.
Nurul Husna Mahmud

Menggayakan seluar denim adalah pilihan selamat dan ringkas untuk penampilan kasual.

Kebiasaannya setiap individu memiliki seluar denim kegemaran dan ia mampu membuatkan pemakainya kelihatan lebih ranggi dan santai.

Dalam pemilihan seluar denim yamg sesuai, ada beberapa perkara perlu diambil kira termasuk potongan denim sesuai mengikut badan.

Justeru, perkongsian penulis kali ini berkenaan pemilihan seluar denim sesuai mengikut potongan badan anda:

PADANAN baju atas dengan seluar denim juga memberi kelebihan untuk tonjolkan penampilan kasual.
PADANAN baju atas dengan seluar denim juga memberi kelebihan untuk tonjolkan penampilan kasual.

1. Pemakai berbadan kecil (petite)

Cabaran untuk mereka yang memiliki susuk kecil adalah mendapatkan panjang seluar jean yang ideal.

Beberapa kriteria perlu diambil kira bagi wanita bertubuh 'genit' iaitu bentuk dan potongan bahagian pinggang.

Disarankan bagi pemakai bertubuh kecil memilih seluar dengan potongan pinggang tinggi kerana membantu memberi efek penambahan beberapa 'inci' kepada ketinggian selain tampak lebih langsing.

Satu helah tambahan iaitu dengan panjang seluar dipotong pada takat di atas buku lali bagi mencipta ilusi kaki lebih panjang.

TUBUH tinggi lampai perlu pilih potongan ‘bottom cut’.
TUBUH tinggi lampai perlu pilih potongan ‘bottom cut’.

2. Pemakai memiliki susuk tinggi lampai

Seperti pemakai bertubuh kecil, pemakai memiliki susuk tinggi lampai juga berdepan masalah ketika memilih seluar denim sempurna bagi ketinggian mereka.

Tip untuk pemilihan seluar denim yang sempurna untuk kategori pemakai tinggi lampai adalah perlu memberi perhatian lebih kepada potongan bahagian pinggang dan panjang seluar.

Disarankan gadis atau wanita memiliki tubuh tinggi lampai memilih seluar denim potongan longgar atau kaki lebar.

Contohnya seluar dengan 'bottom cut' bantu wujudkan siluet seperti jam pasir pada tubuh mereka.

IDEAL apabila pemakai yang memiliki tubuh ‘jam pasir’ memilih seluar dengan potongan sendat atau ‘cropped jeans’.
IDEAL apabila pemakai yang memiliki tubuh ‘jam pasir’ memilih seluar dengan potongan sendat atau ‘cropped jeans’.

3. Pemakai dengan susuk seperti jam pasir

Pemakai yang memiliki tubuh ini biasanya memiliki saiz pinggang kecil dan pinggul lebih bulat seimbang dengan kelebaran bahu.

Seluar denim sesuai adalah potongan yang mampu menonjolkan garisan pinggang yang menjadi titik seimbang bagi bahagian atas dan bawah badan.

Pilih seluar dengan potongan lebih sendat kerana ia membantu menonjolkan kelebihan bentuk badan yang sedia cantik.

Cadangan adalah seluar denim dengan potongan 'cropped cut jeans' iaitu potongan seluar yang memiliki labuh tepat di atas buku lali dan fabrik lebih 'memeri' (stretched) pada bahagian tubuh sempit.

SUSUK tubuh kecil memerlukan potongan seluar singkat siku kaki.
SUSUK tubuh kecil memerlukan potongan seluar singkat siku kaki.

4. Pemakai memiliki tubuh badan tanpa potongan (boyish figure)

Jika anda tiada 'curvy' atau memiliki tubuh dengan potongan 'papan' jangan bimbang kerana ada helah tertentu dalam menggayakan pakaian untuk mencipta siluet yang menarik.

Seperti pemilihan seluar denim yang sesuai, potongan 'straight cut' dengan gaya vintaj lebih padan kerana ia menambah sedikit bentuk pada tubuh dan pada masa sama mengekalkan gaya kasual serta selesa.

Tambahkan sedikit helah iaitu memilih denim dengan potongan pinggang yang tinggi dan buat sedikit perincian iaitu aksesori seperti tali pinggang lebar untuk menonjolkan sedikit bahagian pinggul.

POTONGAN denim ‘straight cut’ untuk badan lebih lurus.
POTONGAN denim ‘straight cut’ untuk badan lebih lurus.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2022 @ 6:10 AM