BAGI wanita yang mengandung pastinya menyedari kepentingan pengambilan asid folik yang mencukupi bagi membantu melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Masalah saraf itu berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna dan memberi impak kerosakan saraf kekal.
Justeru, disarankan pengambilan 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja bakal ibu merancang untuk hamil. Rutin itu perlu diteruskan bagi tempoh 12 minggu yang pertama kehamilan.
Selain diambil dalam bentuk preskripsi, asid folik yang juga salah satu vitamin dalam kumpulan B boleh wujud secara semula jadi sebagai folat dalam sumber makanan harian.
Antara sumber makanan mengandungi khasiat itu termasuk
dalam jagung yang mempunyai pelbagai
cara penyediaan enak seringkas direbus atau dijadikan sebagai hidangan berat.
Menariknya mengenai makanan kegemaran rakyat Malaysia itu, ia mempunyai pelbagai khasiat seperti serat, beta karoten, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, vitamin K, folat, mineral seperti mangan, magnesium, zat besi dan banyak lagi.
Terutamanya bagi jagung manis, ia kaya dengan khasiat lengkap seperti protein, karbohidrat, kalsium, kalium, sodium dan beberapa jenis elektrolit lainnya.
Kebaikan lain jagung terhadap kesihatan:
1. Antioksidan
Kajian dilakukan di Cornell University, Amerika Syarikat mendapati jagung antara sumber yang kaya antioksidan. Manfaat antioksidan sememangnya terbukti mampu mengurangkan risiko kanser di dalam tubuh.
Menerusi kebaikan sama, jagung juga boleh memperlahankan proses penuaan serta pernah dikatakan mampu mengurangkan risiko nyanyuk.
2. Melindungi jantung
Satu kajian terhadap minyak jagung dilakukan mendapati ia memiliki kesan anti-aterogenik pada tingkat kolesterol merintangi risiko berbagai penyakit kardiovaskular atau jantung.
Penggunaan minyak jagung dalam masakan harian dikatakan meningkatkan kesihatan jantung dengan membantu menstabilkan degupan jantung supaya ia sentiasa normal.
3. Mencegah anemia
Kebaikan folat dalam jagung turut mempunyai kebaikan mencegah anemia. Justeru, disarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi vitamin B12 dan juga folat yang dapat membantu zat besi untuk membentuk sel darah merah yang baharu.
Resipi Jagung Krim
Bahan-bahan
Penyediaan:
1. Jika guna jagung segar, pastikan isi jagung dipisahkan terlebih dahulu dari tongkolnya.
2. Masukkan mentega di atas kuali leper, kemudian masukkan 2 1/2 cawan jagung dan masak dalam tempoh 4 minit. Tutup api.
3. Cincang baki 1/2 cawan jagung tadi.
4. Campurkan ia ke dalam jagung dimasak tadi gaulkan bersama garam dan gula.
5. Tambahkan krim masakan. Masak dalam api kecil selama 5 minit.
6. Campurkan satu sudu besar tepung serba guna dan susu. Kacau sampai menjadi pekat.