DITAMBAH dengan madu dan jus lemon menjadi adunan penjagaan kulit semula jadi.
DITAMBAH dengan madu dan jus lemon menjadi adunan penjagaan kulit semula jadi.
Nurul Husna Mahmud


BUAH-BUAHAN sumber makanan semula jadi sangat penting bagi kesihatan. Setiap buah-buahan mengandungi nutrisi penting iaitu vitamin dan gula semula jadi yang membantu mengimbangi keperluan nutrien dalam tubuh.

Biasanya buah-buahan yang isinya masak ranum atau muda dinikmati. Tidak kurang juga ada yang dijadikan salad dan jus dalam mempelbagaikan variasi pengambilannya.

Sementara kulitnya akan dibuang kerana pada anggapan ramai ia tidak mempunyai peranan kepada kesihatan. Sebenarnya kulit buah mempunyai kebaikan tersendiri baik untuk kulit.

Berikut ada senarai kulit buah-buahan yang manfaat untuk kesihatan dan kaedah menggunakannya:

KULIT betik dikisar boleh bantu kembalikan ton kulit seimbang.
KULIT betik dikisar boleh bantu kembalikan ton kulit seimbang.

1. Kulit betik

Kulit betik dikatakan mengandungi asid hidroksi alpa (AHAs) yang dapat mencerahkan tona kulit, melembapkan kulit kering dan elak kulit mengendur. Enzim semula jadi terdapat pada kulit betik juga mampu melegakan kulit yang terkena selaran matahari selain membantu menyingkirkan kulit mati dan mengelupas.

Kaedahnya ialah bersihkan kulit betik tadi dan kisar. Tambahkan dua sudu madu dan satu sudu jus lemon. Pakai pada muka dan leher. Biarkan 15 minit pada muka sebelum bilas dengan air suam.

2. Kulit pisang

Kulit pisang mengandungi antioksida dapat melindungi kulit dari sinaran ultra violet matahari. Kandungan antioksida itu juga membantu dengan mengurangkan radang dan bintil-bintil jerawat.

Selain itu, kulit pisang kaya dengan potasium yang mana dapat kekalkan kelembapan dan kesegaran kulit.

Kaedahnya ialah ambil kulit pisang yang masak dan gosokkan dua hingga tiga minit pada kulit. Biarkan ia mengering sekitar 10 minit dan bilas dengan air suam.

DELIMA buah mempunyai manfaat tinggi.
DELIMA buah mempunyai manfaat tinggi.

b>. Kulit delima

Kulit delima memiliki pelbagai nutrien dan kebaikan terutama tinggi kandungan antioksida dan vitamin penting. Antara kandungan vitamin terdapat dalam kulit delima ialah vitamin C dan vitamin E yang mana boleh mengurangkan masalah kedutan.

Kisar kulit delima sehingga menjadi pes dan campurkan dengan dua sudu madu serta satu sudu jus lemon. Letakkan pada bahagian muka dan leher serta biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2021 @ 6:40 AM