SEKIRANYA tantrum kerap atau berterusan, si kecil mungkin memerlukan bantuan untuk mengatasi kemarahannya.
SEKIRANYA tantrum kerap atau berterusan, si kecil mungkin memerlukan bantuan untuk mengatasi kemarahannya.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


KANAK-KANAK yang berada pada fasa 'terible two' biasanya kerap buat perangai dan mudah mengamuk tanpa sebab sama ada di rumah mahupun di tempat awam.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak dalam lingkungan dua hingga tiga tahun, ia adalah pengalaman biasa di mana si kecil mengamuk (tantrum) hingga menguji kesabaran.

Si kecil boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang, berkelakuan ganas dan kadangkala menahan nafas mereka.

Namun, tahukah anda pada usia dua tahun itu amat signifikan bagi perkembangan anak kerana dalam tempoh itu mereka beralih daripada fasa bayi kepada anak kecil.

Pada fasa itu, mereka belum mempunyai kemahiran meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain.

Oleh itu, tantrum adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan mereka.

Jangan sesekali menghukum kanak-kanak yang mengamuk dengan menjerit atau memukul kerana perbuatan itu menyebabkan si kecil menjadi lebih teruk dalam jangka pendek dan tidak mustahil kelakuan itu boleh kekal dalam jangka panjang.

Elakkan juga dari memberi apa sahaja yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum kerana ia sebenarnya mengajar si kecil menggunakan perbuatan itu untuk memanipulasi keadaan dan berasa boleh 'menang.'

KANAK-kanak pada fasa ‘terible two’ biasanya kerap buat perangai dan mudah mengamuk tanpa sebab.
KANAK-kanak pada fasa ‘terible two’ biasanya kerap buat perangai dan mudah mengamuk tanpa sebab.

Bagaimana mengendalikan kanak-kanak yang sedang tantrum?

Ketika si kecil mengamuk, pastikan dalam keadaan selamat dan ibu bapa perlu kekal bertenang.

Jangan menghukum atau memukul si kecil dan sebaiknya mengasingkannya daripada kanak-kanak lain di sekeliling.

Biarkan si kecil melepaskan kemarahannya seketika sebelum anda cuba memujuk dengan cara memeluk dan ucapkan kata-kata yang dapat menenangkannya.

SI kecil boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang, berkelakuan ganas dan kadangkala menahan nafas mereka.
SI kecil boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang, berkelakuan ganas dan kadangkala menahan nafas mereka.

Apa pun, jangan biarkan reaksi orang di sekitar mempengaruhi bagaimana anda memberi tindak balas kepada kelakuan si kecil itu.

Sebaiknya ibu bapa perlu berbincang dan mengajar anak-anak bagaimana mengendalikan kemarahan serta kekecewaan.

Cari sebab mengapa mereka marah kerana dengan mengetahui apa puncanya, ibu bapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.

Dengan itu, si kecil akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi.

BIARKAN si kecil melepaskan kemarahannya seketika sebelum cuba memujuk menenangkannya.
BIARKAN si kecil melepaskan kemarahannya seketika sebelum cuba memujuk menenangkannya.

Namun, sekiranya tantrum kerap atau berterusan dengan kelakuan yang semakin ganas, si kecil mungkin memerlukan bantuan untuk mengatasi kemarahannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2022 @ 6:20 AM