HAZREEM menyiapkan model untuk sesi fotografi.
HAZREEM menyiapkan model untuk sesi fotografi.
Hafiz Ithnin

"Saya seorang yang mencintai budaya tempatan. Bagi saya apabila dapat menerapkannya pada rekaan fesyen dalam satu bentuk yang baharu, ia dapat dihargai si pemakainya.

"Apatah lagi di Malaysia kita mempunyai pelbagai budaya daripada masyarakat berbilang kaum dan etnik yang unik sudah semestinya perlu dihargai. Sebagai pereka fesyen, menerusi pakaian saya dapat mengangkatnya," kata pereka fesyen muda, Mohammad Hazreem Khan Mazlan, 24.

Ternyata hasil sentuhan magisnya untuk mengangkat kekayaan dan keunikan budaya tempatan di dalam rekaannya berjaya menarik perhatian.

Belum lagi dikomersialkan, ketiga-tiga rekaan di dalam koleksi kapsulnya sudah disambar peminat fesyen tempatan untuk digayakan di atas pentas anugerah dan acara hiburan oleh selebriti tempatan.

EXPERIMENTAL dari segi bayangan veena dengan penggunaan fabrik brocade dan taffeta.
EXPERIMENTAL dari segi bayangan veena dengan penggunaan fabrik brocade dan taffeta.

Ia hasil mengangkat inspirasi daripada Saraswati Veena iaitu salah satu alat muzik simbol kepercayai masyarakat India. Veen antara salah satu kebanggaan masyarakat itu yang menyumbang kepada tiga aspek iaitu kesenian, sains dan pendidikan.

Jelasnya, setiap bahagian yang berada pada veena mempunyai maksud. Veena itu sendiri adalah inspirasi daripada struktur manusia di mana resanator veena seperti tengkorak manusia, cords dan strings menunjukkan tulang belakang manusia.

Malah veena juga mempunyai sembilan jenis emosi yang terdapat pada manusia apabila dimainkan.

"Di dalam rekaan, saya ingin membuka mata setiap kaum di Malaysia mengenai kewujudan veena. Satu kajian soal selidik dilakukan bertempat di Batu Caves, Selangor di mana saya bertanyakan orang sekeliling berkenaan kewujudan veena," katanya.

ROUND shape sleeve menambahkan identiti asli diangkat daripada veena.
ROUND shape sleeve menambahkan identiti asli diangkat daripada veena.

Bercerita mengenai rekaannya, Mohammad Hazreem berkata, dia amat meminati Guo Pei iaitu salah seorang ikon dalam bidang fesyen.

"Saya memilih 'evening Art-to-wear' yang menitik beratkan mengenai 'experimental' dan juga koleksi yang mempunyai 'volumeness' dan juga 'haute couture' di mana banyak bermain peranan dalam koleksi saya.

"Gabungan idea yang saya peroleh adalah salah satu kaedah atau idea bagi melihat fesyen bukan sahaja untuk kegunaan harian yang berkonsepkan suai dan padan semata-mata.

"Tetapi subjektif yang mampu setiap orang terjemahkan dalam idea dan juga kreativiti dalam menghasilkan koleksi yang bakal diingati," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 September 2022 @ 7:00 AM