SUP ikan banyak khasiat dan baik untuk si manja kesayangan.
SUP ikan banyak khasiat dan baik untuk si manja kesayangan.

Jika dibandingkan dengan sup ayam atau sup daging, sup ikan sememangnya kurang menjadi pilihan untuk diberikan kepada si kecil.

Ia dikatakan berbau hanyir dan menyebabkan ramai yang kurang menggemari hidangan sup ikan.

Namun tahukah anda bahawa sup ikan memiliki banyak khasiat dan elok diberikan kepada si kecil?

Ini kerana sup ikan bukan sahaja kaya dengan kandungan DHA, malah mengandungi banyak Omega-3.

DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat, ia begitu disyorkan untuk bayi serta kanak-kanak kecil.

Antara ikan yang mengandung sumber Omega-3 adalah tuna, sardin, salmon, kembung, siakap, bawal putih, kod, bilis dan banyak lagi.

Salmon atau kembung antara sumber terbaik DHA (asid lemak Omega-3) dan elok diberikan kepada si manja.

Kaya dengan selenium, vitamin A, potassium dan Omega-3, ikan kembung juga kaya protein, vitamin B terutama vitamin B12.

Ikan merah pula ialah ikan berkalori rendah dan sumber protein yang baik.

Jadi, jangan ketinggalan untuk menyelitkan menu sup ikan dalam diet harian anak anda.

Pengambilan makanan seimbang dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan si kecil menjadi faktor penentu ketahanan badannya dari serangan penyakit.

Ia juga secara tidak langsung dapat membantu perkembangan fizikal dan otak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Februari 2022 @ 8:09 AM