DIPERBUAT daripada bahan berfungsi tinggi, dryCELL dan miDori bioWick bagi menghasilkan gaya serta keselesaan tersendiri.
DIPERBUAT daripada bahan berfungsi tinggi, dryCELL dan miDori bioWick bagi menghasilkan gaya serta keselesaan tersendiri.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


SEBELUM memulakan sebarang aktiviti sukan, perkara penting yang perlu anda lakukan adalah memilih kasut yang sesuai.

Berbanding lelaki, masih ramai wanita mengabaikan pemilihan kasut yang sesuai dalam aktiviti rekreasi mereka.

Kasut sukan yang dipilih biasanya hanya berdasarkan beberapa faktor termasuk jenama dan warnanya sahaja tanpa mengambil kira fungsi sebenarnya.

Sedangkan, pemilihan kasut sukan yang sesuai dengan aktiviti dilakukan bukan sahaja dapat memberi lebih keselesaan malah mengelakkan kecederaan dan membantu meningkatkan lagi tahap kecergasan.

Menyedari keperluan itu, PUMA tampil memperkenalkan koleksi terbaharu untuk wanita, Run XX Nitro bagi memberi keselesaan dan prestasi larian pelbagai jarak.

Koleksi yang dinamakan sempena urutan DNA kromosom X berganda spefisik wanita itu menampilkan rekaan kasut larian yang sesuai untuk kaki wanita.

Apa yang istimewanya, tapak tengah kasut itu direka lebih kukuh dan tahan lasak, menjadi gabungan tepat antara aspek keselesaan dan tahan lama.

Menerusi inovasi terkini, kasut itu juga direka untuk memberikan lebih keselesaan kepada tumit dan kaki.

Ia menampilkan teknologi NITRO serta sokongan RUNGUIDE, tapak tengah yang canggih itu memberikan responsif, kusyen unggul sambil memastikan penjajaran yang betul untuk menjadikan setiap langkah lebih ringan dan mudah.

KOLEKSI kasut larian dan pakaian sukan terbaharu.
KOLEKSI kasut larian dan pakaian sukan terbaharu.

Selain kasut, koleksi itu juga menampilkan tiga gaya fesyen sukan baharu iaitu bra untuk sesi latihan, baju lengan panjang CLOUDSPUN dan seluar legging larian.

Dihasilkan untuk prestasi unggul, pakaian sukan itu dibuat dengan bahan berfungsi tinggi, dryCELL dan miDori bioWick, bagi menghasilkan gaya serta keselesaan tersendiri.

Dalam pada itu, jenama berkenaan turut mengadakan kempen #PUMADeliveryRun iaitu gabungan kecintaan terhadap makanan di Malaysia dan profesyen penghantar makanan.

Penghantar makanan wanita akan menggayakan koleksi baharu itu bagi memastikan mereka kekal selesa untuk menepati kepantasan masa penghantaran.

Turut bersama dalam pasukan itu adalah jurulatih kecergasan, Joey Tng dan atlet negara Aimi Iwasaki.

KASUT larian Run XX Nitro direka khas untuk kaki wanita.
KASUT larian Run XX Nitro direka khas untuk kaki wanita.

Selain itu, kunjungi rangkaian jenama terbabit di pusat beli-belah Pavilion KL bermula 27 Mei ini untuk menerokai sendiri kecanggihan teknologi koleksi berkenaan dengan pelbagai aktiviti interaktif.

Apa yang nyata, pelancaran koleksi dan kempen itu menyerlahkan lagi komitmen jenama berkenaan dalam menyokong gadis dan wanita di seluruh dunia menerusi sukan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2022 @ 6:23 AM