KOLEKSI pakaian, aksesori dan kasut menarik untuk si kecil kesayangan.
KOLEKSI pakaian, aksesori dan kasut menarik untuk si kecil kesayangan.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


ISTIMEWA untuk si manja kesayangan sempena musim luruh atau sejuk kali ini, Onitsuka Tiger melancarkan koleksi yang menarik dan eksklusif.

Bertemakan konsep 'For Uncommonly Cool Kids,' himpunan yang julung kali dihasilkan untuk kanak-kanak itu menampilkan penggayaan unik koleksi kasut, pakaian dan aksesori dalam helaian uniseks.

Jaluran yang menjadi tanda pengenalan jenama itu ditonjolkan dalam bentuk ceria yang berteraskan gaya sukan urban.

Bagi himpunan kasut, koleksi itu mempersembahkan model tanda pengenalan jenama berkenaan dalam versi MEXICO 66 SLIP ON serta ADMIX RUNNER berkonsepkan potong dan tampal.

Ia menggabungkan elemen arkib dengan rekaan kontemporari manakala model SERRANO serta FABRE pula diinspirasikan daripada pembuatan kasut pada 1970-an.

Apa yang menariknya, model SERRANO dan ADMIX RUNNER menyerlahkan grafik yang membantu kanak-kanak mempelajari arah padanan kiri serta kanan.

REKAAN kasut menarik untuk si kecil kesayangan.
REKAAN kasut menarik untuk si kecil kesayangan.

KOLEKSI lengkap untuk kanak-kanak.
KOLEKSI lengkap untuk kanak-kanak.

Untuk melengkapkan lagi penampilan si kecil kesayangan, koleksi berkenaan turut menampilkan 'tracksuit' rona neon dengan perincian tepi, jaket MA-1 bermotifkan cetakan harimau, kemeja-T dengan logo besar dan celana regang denim.

Koleksi berkenaan membolehkan ibu dan ayah tampil bergaya sepadan dengan si manja.

Selain itu, ia juga sesuai dijadikan hadiah untuk memeriahkan lagi suasana perayaan bersama yang tersayang.

Selepas lebih daripada 70 tahun, semangat jenama itu masih utuh, menggabungkan elemen kontemporari untuk penampilan ceria, tanpa mengira jantina serta menyerlahkan gaya malar segar setiap musim.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Disember 2020 @ 7:00 AM