GAYA tersendiri kumpulan popular Korea.
GAYA tersendiri kumpulan popular Korea.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


SEJAK mula diperkenalkan pada 1987, kasut untuk pemain bola keranjang daripada jenama terkenal Puma, Slipstream memberi tumpuan kepada aspek kecemerlangan.

Kali ini, ia tampil dengan rekaan baharu, Puma White - Puma Black gabungan warisan sukan bola keranjang dengan gaya jalanan era 80-an yang kontemporari.

Kasut itu menampilkan imej bayangan bersih, reka bentuk tapak tengah tebal dan tindanan yang dikemas kini bagi menyerlahkan lagi gaya moden.

Kempen kali ini turut menampilkan kumpulan penyanyi popular dari Korea, NCT 127 yang juga Duta Asia Pasifik bagi jenama itu.

Mereka menyerlahkan lagi kepelbagaian gaya dan tema yang mewakili pesona retro era 80-an.

Ia banyak memaparkan konsep jalanan vintaj, menghasilkan semula grafiti, permainan bola keranjang, kereta lama dan kedai jalanan, sekali gus mengimbau suasana pada era terbabit.

REKAAN Slipstream baharu.
REKAAN Slipstream baharu.

Lebih istimewa, peminat turut disajikan dengan pelbagai gaya kumpulan terbabit di belakang tabir yang menggayakan koleksi pakaian sukan seperti seluar trek, baju panas dan kasut ikonik jenama berkenaan.

Sementara itu, sebagai sebahagian daripada kempen, pembelian kasut itu di kedai terpilih juga akan mendapat set kad foto edisi terhad gambar ahli NCT 127 yang menggayakan rekaan koleksi jenama berkenaan.

KOLEKSI pakaian sukan menarik.
KOLEKSI pakaian sukan menarik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2022 @ 6:10 AM