KEJU bantu ‘melembutkan’ rasa pahit dalam sayur brokoli.
KEJU bantu ‘melembutkan’ rasa pahit dalam sayur brokoli.
PENYEDIAAN dalam hidangan goreng boleh jadi pengenalan untuk sayur brokoli.
PENYEDIAAN dalam hidangan goreng boleh jadi pengenalan untuk sayur brokoli.
IBU bapa perlu kreatif dalam memperkenalkan hidangan sihat.
IBU bapa perlu kreatif dalam memperkenalkan hidangan sihat.
KANAK-kanak tidak sukakan rasa pahit.
KANAK-kanak tidak sukakan rasa pahit.
Nurul Husna Mahmud


BERDASARKAN statistik Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2019, 94.9 peratus golongan dewasa di negara ini tidak mengambil jumlah sayur-sayuran seperti disyorkan.

Melihat kepada situasi itu, bagaimana pula pengambilan kanak-kanak apabila golongan ini juga sukar mempunyai tabiat makanan sihat di rumah.

Pilihan seperti memperkenalkan hidangan sayur-sayuran hijau sudah sedia maklum mempunyai khasiat tinggi terutama dalam membekalkan antioksidan baik dan vitamin serta nutrisi baik untuk tubuh mereka.

Dalam memperkenalkan hidangan sayuran hijau seperti brokoli perlu ada pendekatan baik supaya anak-anak menyukai hidangan itu.

Kanak-kanak mempunyai lidah lebih sensitif daripada golongan dewasa menyebabkan mereka ini peka dengan rasa sayur-sayuran terutama yang hijau lebih pahit.

Ia turut dibuktikan penemuan pada tahun 2003 oleh Generic Science Learning Center University of Utah Amerika Syarikat apabila mendapati gen TAS2R38 iaitu satu siri gen pada brokoli membuatkan profil rasanya yang pahit tidak disukai kanak-kanak.

KAJIAN NHMS dapati golongan dewasa turut tidak mengambil jumlah disyorkan.
KAJIAN NHMS dapati golongan dewasa turut tidak mengambil jumlah disyorkan.

Justeru, ibu bapa boleh perkenalkan dengan resipi mampu menyeimbangkan rasa pahit supaya diterima kanak-kanak.

Antara digemari kanak-kanak ialah penyediaan hidangan goreng dan sedikit asin serta lemak. Mungkin penyediaan brokoli dengan salutan tepung dapat bantu seimbangkan rasa dan penerimaan atau sup tertentu.

Salah satu contoh dikongsi dalam tip resipi ialah padanan penyediaan brokoli bersama keju bantu 'neutralkan' rasa pahit daripada brokoli yang menjadi hidangan seimbang dan sihat untuk kanak-kanak.

SUP brokoli keju boleh membuatkan kanak-kanak berasa selesa.
SUP brokoli keju boleh membuatkan kanak-kanak berasa selesa.

Berikut adalah ramuan dan langkah penyediaan resipi sup brokoli keju:

Bahan-bahan

- 1/2 cawan mentega tanpa garam

- 1 bawang kuning (cincang halus)

- 1/2 cawan tepung serba guna

- 4 cawan susu

- 2 cawan brokoli (batang dikeluarkan dan dibuang, dan bunganya dipotong menjadi kepingan saiz gigitan)

- secubit serbuk buah pala

- 12 auns keju chedar ringan (diparut)

- Garam dan lada sulah

- 2 cawan rebusan stok ayam atau sayur

SUP brokoli keju boleh membuatkan kanak-kanak berasa selesa.
SUP brokoli keju boleh membuatkan kanak-kanak berasa selesa.

Langkah penyediaan:

1. Cairkan mentega di atas api sederhana. Masukkan bawang dan masak selama tiga hingga empat minit, sehingga bahan itu mula lembut. Taburkan tepung ke atas bawang dan kacau hingga sebati, masak lebih kurang 1 minit. Kacau susu perlahan-lahan.

2. Masukkan serbuk buah pala, brokoli, sedikit garam, dan lada hitam yang dikisar terlebih dahulu. Tutup dan kurangkan api hingga rendah. Didihkan selama 20 hingga 30 minit, atau hingga brokoli lembut.

3. Masukkan keju segenggam sekali kemudian kacau untuk mencairkan keju selepas setiap penambahan. Kacau sehingga sup mendidih dan pekat. Boleh dicicah bersama roti atau dijadikan sos bagi pasta.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2020 @ 6:35 AM